Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

Laksam

Assalamualaikum dan selamat pagi.....

Alkisahnya aritu teringin sangat nak makan laksam.Suami balik dari kerja tnya nak makan apa.Terus rasa nak makan laksam.Jenuh cari kat pasar malam tak jual.Kebetulan aritu cuaca hujan.So banyak peniaga yang tak buka gerai.huhuhuh...bukan rezeki ku.Tak pa sabaq sat.

Esok pagi pergi cari kat makcik bomba (dia berniaga kuih kat tepi balai bomba).Alhamdulillah ada.Sebungkus RM2.50.Lepas la kempunan.Lusanya teringin lg.Waktu tgh hari pulak tu.Pergi la cari kat Taman Kemajuan berdekatan dengan rumah lps abis waktu kerja."dah abis la dik".adus...kecewa lagi.

Esok time lunch datang lagi ke gerai tu."arini tak dak laksam la dik.laksa ada la"."tak pa la pakcik".huhuuhuh....kecewa lagi.(kat makcik bomba tu juai waktu pagi jer.kuah dia sikit sgt.tak puas mkn)

Esoknya ari kamis en suami blk awal dari kerja.terus pesan minta beli laksam di gerai pakcik tu.Alhamdulillah rezeki saya.tapi....kan agak mengecewakan.Rasanya tak seperti yang saya nak.tengok warna kuah dah lain.rupa2nya diletaknya kerisik.adoi....potong selera.Dalam hati dah kata,satg buat sendiri baru tau.

maka ari jumaat google dlm Myresepi.cari resepi laksam.Agak mudah bahan dan cara penyediaannya.Ari sabtu mula la projek buat laksam.Makan tghhari sebab pagi dah makan nasi.Buat sendiri blh la letak kuah banyak2.kasi pekat dengan isi ikan. Maveleslah. En suami tambah 3 mangkuk.Kami berdua jer makan.anak-anak kurang menggemarinya.Kena la masak nasi untuk anak-anak lak.Takpa,asalkan mereka makan.

Jom tengok resepi dari Yani dalam Myresepi.Tq yani for sharing the resepi.dah ramai yang mencuba.kebanyakannya menjadi.syukran...syukran....

Sumber: Myresepi - yani

Resepi Laksam

Untuk laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Untuk kuah:
Ikan kembung secukupnya (direbus  dan diblend isinya seperti nak buat kuah laksa)
sedikit halia
sedikit bawang merah/besar
sedikit bawang putih
santan
sedikit biji lada hitam/serbuk
sedikit asam keping
garam dan gula secukupnya        

Untuk ulam:
timun,bunga kantan,kacang panjang,taugeh,daun kesum (dipotong halus)

Untuk sambal:
Cili merah
Belacan
Garam
Limau
(yg ni saya tak buat sebab suami mmg xmkn pedas)

Cara-caranya:
Untuk laksam,satukan semua bahan.Saya blend dan tapis.panaskan pengukus.sapu sedikit minyak masak di atas tudung periuk.letak sedikit bancuhan di atas tudung periuk tersebut.jangan terlalu tebal.kukus hingga masak.dalam 5min.Sejukkan.Sementara itu boleh letak bancuhan di atas tudung periuk lain.Dah sejuk sedikit baru gulung.Baru kelihatan licin dan cantik

Untuk kuah:Blend semua bahan hingga hancur.Letak dalam periuk.masukkan santan,asam keping,lada hitam,garam dan gula.masak hingga pekat.

Untuk sambal: Tumbuk cili berserta belacan.tambah garam.perah air limau.

Tadaaaaa.....

Saya cuma letak ulam timun dan bunga kantan sebab yang lain2 kurang digemari.hihiih.....


Friday, 2 November 2012

Secret......

Assalamualaikum buat semua pembaca.Lamanya tidak ketemu.Alhamdulillah kesihatan semakin baik,rasa malas makin berkurangan.hehehhe....Saya baru melepasi trimester pertama.Alahan tidak la seterukmana tapi tetap alah.kudrat tidak kuat,loya + muntah,rasa letih,asyik nampak bantal jer dan paling ketara rasa malas ^_^.

Sekarang dah masuk trimester kedua. Alahan makin kurang cuma lately diserang batuk sampai suara serak.sekarang dalam proses pemulihan.doakan semoga saya cepat sembuh.Semalam doktor baru scan baby.Alhamdulillah baby dalam keadaan yg baik malah aktif hingga memberi cabaran buat doktor muda tu nak mengukur panjang kaki baby. :)

Beralih kepada tajuk utama...SECRET...

Sebenarnya apa yg nak dikongsi di sini tentang perkara-perkara yg boleh dihebahkan dan yg tak boleh dihebahkan.Kadang-kadang saya risau dengan persepsi kawan-kawan jika diminta resepi saya tak dapat beri.Saya mohon beribu kemaafan jika ada yang terguris hati.huhuhu....sometimes resepi yang saya gunakan masih digunakan oleh para peniaga-peniaga yg mencari rezeki dengan menggunakan resepi itu.Jadi saya perlu hormat hak mereka.Bagaimana mereka bersusah payah mengeluarkan duit yg banyak utk belajar,mengeluarkan modal ke tempat yg jauh semata2 nak mencari ilmu masakan tetapi yang lain dapat dengan mudah.Jadi saya harap kita faham situasai mereka dan hak mereka.Yang mana saya boleh kongsi InsyaAllah saya akan kongsi secara detail.

Ada yg bertanya saya resepi tiramusi dan kek puding honey dew.InsyaAllah jika diberi kesempatan,kesihatan yang baik,dah tak malas2,hehehe...saya akan publish dalam post yg baru.

Semoga kita diberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan ini.Jumpa lagi....

Monday, 2 April 2012

Salam Sayang

Assalamualaikum semua.......

Mohon maaf sebab dah lama sgt tak update blog.Bermula dengan internet yg sgt slow,busy dengan bisnes,busy dengan kerja,busy pindah rumah, terus acik ni mula dengan penyakit malas.Mula lupa dengan azam 2012.Haih!!teruk tul acik ni kan

Alhamdulillah bisnes makin dikenali walaupun masih kecil-kecilan.Doakan semoga acik terus berjaya.Bercita-cita nak berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa.hihiihih....(panjangnya angan-angan.hihiih...)

Syukur jugak perubahan demi perubahan berlaku dalam keluarga kecil kami.Perubahan ke arah positif.Rezeki demi rezeki yang Allah beri tapi tak kurang jugak ujian yang Allah berikan.Dugaan itu mengajar kita untuk bersabar dalam menempuh semua ujian itu.Ujian itu tanda Allah sayangkan kita.Kadang-kadang rasa biarlah diuji selalu sebab dengan ujian itulah kita dekat dengan Maha Pencipta.

Dari rumah yang ruangnya kecil, kami berpindah ke rumah yang ruangnya lebih besar.Demi keselesaan anak-anak. Nak duduk dirumah sendiri ntah bila boleh.Dah siap direnovate tapi terpaksa bagi orang sewakan.Daripada terbiar takda sapa yang duduk,baik disewakan.Dapat jugak menampung bayaran ansuran hutang di bank.hihiihih.....(terimakasih buat mak yang telah banyak menolong kami menguruskan rmh di Bertam tu).Kalau ada rezeki cari rumah di Perlis kot.Perlis dah berada di hatiku.hihiihih....

Ok ok.Tak mau celoteh panjang-panjang.Disebabkan lama tak update blog acik rela didenda.Tak pa,tak pa.Sebagai denda,acik ija nak bg resepi yg sangat tinggi permintaannya.Ramai yang bertanya resepi ini. Tak kurang jugak yang menempahnya. Sejak acik mula berkongsi resepi dengan kawan-kawan,hidup makin ceria, hati makin tenang.tambahan lagi kalau kawan-kawan yg buat resepi tu menjadi.Rasa kepuasannya tau.

Tapi acik nak minta maaf sgt2 kalau minta resepi yang acik tak boleh bagi.Resepi tu antaranya acik belajar dengan sifu acik yang mana dengan resepi tu la sifu acik cari rezeki.Minta maaf sgt2 yer kawan2.Yang mana boleh dikongsi acik takkan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.

Ok jom kita belek-belek resepi Kek Pandan Layer ni.


KEK PANDAN LAYER
Sumber : Aqsweettasty

Resepi kek:

350gm sponge kek mix
7 biji telur
87gm air
87gm minyak jagung
1 sdt esen vanila

Campur sponge kek,telur dan air.Mixer dengan kelajuan tinggi sampai gebu.dalam 10 min.Masukkan minyak jagung.Kacau dgn spatula hingga sebati.Bakar dlm acuan 10inci pada suhu170 selama 35min atau sehingga masak (cucuk lidi ditengah kek.kalau lidi tu tak melekat sebahagian kek,kiranya dah masak ler tu)

Bila kek dah sejuk,ukur kek atas acuan 9 inci.Potong tepi kek yg berlebihan.Kemudian bahagikan kek kepada 2 bahagian.

Resepi Puding:

500gm santan
700gm air pandan
200gm gula pasir
6sudu besar instant jelly
Secubit garam

8sudu besar tepung hwee kon atau tepung kacang hijau(tepung yg org buat kuih tako)
110gm air
(campur tepung dlm air)

Campur santan,air pandan,gula,instan jelly n garam.Masak atas api sampi menggelegak.Kacau selalu supaya ia tidak berkerak atau berketul.Letak bancuhan tepung hwee kon.Bancuhan akan jd pekat.Kena kacau selalu smpi menggelegak.Tutup api. Kemudian masuk terus dlm acuan.jgn tggu sejuk.nnt keras lak.

 Kek menjadi 4 lapisan

 Lapisan kek

Basahkan sedikit acuan 9 inci dengan air.Kemudian buang air tersebut.Mulakan dengan puding.Letak setengah dari bancuhan.Kemudian lapis dengan sponge kek.Kemudian letak lebihan puding. Akhir sekali letak sponge kek.Tekan-tekan atas kek supaya ia tidak menggelembong.Biarkan sejuk baru simpan dalam peti ais.


 Permukaan puding yang licin

 Boleh dihias dengan kelapa parut kering

Tengok pun tak terliurkan.Memang sedap rasanya.Klasik.Rasa lemak santannya,kek yang gebu, semuanya cukup dalam pandan layer.

Untuk tempahan boleh hubungi saya

Monday, 23 January 2012

Kek Chiffon Pandan

Masa tinjau-tinjau blog kak yati,terjumpa resepi kek chiffon pandan.Sedap dan gebu jer tengok.Mula la meronta-ronta dalam hati nak buat.Nak buat dirumah,dah nak cuti CNY.Jadinya mula la projek menyelerakkan dapur mak.hahahhaha...

Tiap kali balik kampung ade je lah projek masak memasak di dapur mak.Kali ni bawa balik resepi CREAM PUFF.Sampai 3kali buat.Resepi ada di link ini.Bayangkanlah berapa banyak cream puff terhasil.Mak siap bawa ke kelas mengaji.Bagi anak-anak murid mak makan.Pakat kata sedap dan lembut.Mak tnya belajar di kelas ke? Takla,ambik resepi kat internet je.Sekarang semua dihujung jari.^_^. Lepas ni mak boleh buat pulak.Bukan main semangat lagi.Teringat masa kecik-kecik dulu. Mak yang sibuk didapur siapkan kuih muih.Sekarang turn saya pulak.Mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi.hihiihi......petang ni request dari suami pulak.nak makan cream puff lagi.Takpa,kita makan sampai jemu.hihiihh....

Aritu tengok ulangan Master Chef di Astro.Chef Jo Cream Puff yang sangat menarik.Tersangat teringin mencuba.Tengok masa terluang nanti.

Wah dah melalut.Mana citer pasal kek chiffon pandan.hahahha......Memang tak dinafikan.Kek yang sangat sedap,lembut,gebu.Rasanya mengalahkan kek yang dijual dikedai.hahahha...agak melampau tak statement ni.huhuuh.....Nak wat camne.Resepi dari kak Yati ni memang sedap.Thank you kak yati.Thanks jugak jadi follower blog saya yang tak seberapa ni.huhuuh....Resepi asal dari kak Yati.Boleh tengok link ini. Jom kita tengok resepi Kek Chiffon Pandan.Saya pasti semua orang boleh buat.

KEK CHIFFON PANDAN

BY: KAK YATI 


Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur (saya guna gred B)
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat (saya guna 200ml santan KARA)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir (saya guna gula caster)
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir (saya guna gula caster)
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.(masa panas saya dah potong.hihihi...derhaka sungguh.tak sabar nak makan.Bila makan panas-panas,fuh!sedap sungguh)


    Tuesday, 17 January 2012

    Cream Puff

    Selamat pagi semua!!!wah pagi-pagi dah update blog.Azam 2012 nampaknya menjadi.Harap-harap terus istiqamah ^_^.Semalam tidokan anak-anak awal.Jam 9 lebih semua sudah di arah masuk bilik.Kalau ada abah depa confirm lewat sikit.Gomoi-gomoi dulu baru tido.

    Sementara tunggu suami balik dari keja (semalam balik lewat sebab ada operasi),mula la bercadang-cadang nak buat cream puff. Resepi dah ambik dari FB Jom Masak by Nik Zamzurina.Boleh add Facebook Jom Masak.Banyak lagi resepi di situ.Terima kasih banyak-banyak kepada Nik atas pengkongsian resepi Cream Puff yang sangat mudah dan sedap.Mula-mula ingatkan susah,mudah rupanya.Kalau saya boleh buat,mesti kawan-kawan pun boleh.Bahan-bahan pun semua dah ada dirumah.

    Jom kita tengok resepinya


     CREAM PUFF
    BY: NIK ZAMZURINA


    Bahan A

    350 ml air
    80 gm marjerin
    1 sudu besar gula
    1 sudu teh garam ( saya guna 1/2 sudu teh je coz terasa masin)

    Bahan B

    230 gm tepung gandum
    1 st baking powder (saya guna double action baking powder)

    Bahan C

    5 biji telur (saya guna size B)
    1 sudu teh esen vanilla 


    Kastad : ( kastad nie boleh digunakan untuk 2kali adunan puff.Banyak sangat )

    100 gm tepung kastad
    200 gm gula
    600 ml air
    1 tin susu cair
    1 sudu besar marjerin
    1 sudu teh esen vanilla ( nik letak 2 st esen vanilla )

    Cara-cara


    1. Panaskan bahan A sehingga mendidih dan marjerin cair.
    2. Masukkan bahan B, kacau sehingga tidak melekat pada sudip.
    3. Angkat dan sejukkan selama lebih kurang 5 minit.
    4. Masukkan adunan campuran tadi ke dlm mixer bersama adunan C. Putar sampai licin @ tdk berbintil
    5. Masukkan adunan dlm piping beg dan terap dgn acuan berbunga
    6. Bakar pd suhu 180'C selama 30 minit sampai keemasan (Ikut pada kepanasan oven anda)
    7. Sejukkan dan belah 2. isikan inti yang masih panas. Sejukkan.



    Rupa puff sebelum dibakar




    Yang ni terlebih masak.Gambar ni je yg elok.huhuuh...makan puff saja pun dh sedap.Garing diluar,lembut didalam.



    Selepas diletakkan cream kastardnya.memang sedap.Pukul 12tgh mlm dok makan benda ni.waaaa.....gemuks la.huhuuhh....

    Lepas ni teringin nak buat dengan inti durian pulak.Musim durian sekarang.Sampai sekarang belum pekena durian lagi.Kesihatan yang kurang mengizinkan dan suami kurang gemar dengan durian.Kalau nak makan jugak,balik makan kat rumah mak.Baru ada feel.Tak best makan sorang-sorang.hihiihih....


    SELAMAT MENCUBA

    Sunday, 15 January 2012

    Ikan Bawal Tempra Nyonya dan sotong goreng tepung

    Lamanya tak berasa makan sama-sama dengan suami di hari Ahad. Hari ni merupakan hari cuti bagi semua rakyat di Kedah termasuk la suamiku.Cuti Keputeraan Sultan Kedah.Daulat Tuanku.Walaupun menetap di Perlis,tetapi bekerja di Kedah.Maka dapat la anak-anak bermain sepuas-puasnya dengan abah.Selalunya hari ahad hanya tinggal kami bertiga.

    Bersungguh-sungguh hari ni menyediakan lunch special untuk family.Sotong goreng tepung,ikan bawal tempra nyonya dan peach cream cheese butter cake (resepi kek dalam blog sebelumnya.) Gigih sungguh ibu.Lepas balik jongging sediakan sarapan,lepas sarapan sediakan kek dan seteruskan menu untuk makan tengah hari.Dah itu tanggungjawab isteri kan ^_^. Sebagaimana gigihnya ibu begitu juga gigihnya Aqilah butangkan baju adik


    Gigih jugak Aqif bersembang dengan Tok sampai tak mau lepas telefon.Pedulikan gambar dibelakang kepala Aqif.hihiih.....


    Sebenarnya kuasa makanan sememangnya sangat kuat hingga boleh menyebabkan suami tinggalkan kerja pejabat untuk pulang awal kerana si isteri memasak makanan kegemarannya.hihiihih.....Tidakkah bertuah sang isteri kerana sang suami sentiasa teringatkan masakannya?hahaha...dah melalut ke laut.Jom tengok resepi Ikan Bawal Tempra Nyonya yang saya ambil resepinya dari blog kak ita .Rasa masam-masam asam jawa dan pedas2 cili padi.Sedap sangat.Suami saya pun suka.Disebabkan suami bawa balik cili merah yang luar biasa semasa menjalankan tugas,saya pun cuba resepi ni.Sebiji cili merah tu harganya RM0.70.Memang segar sangat.Pinggan ni ada nostalgianya.Hadiah dari kawan-kawan dari rumah sewa semasa study di UiTM.Thanks you all atas hadiah yang sangat cantik ni.dah 5tahun guna pinggan ni.Thanks izah,bai and yani.



    IKAN BAWAL TEMPRA NYONYA

    BY: KAK AZLITA

    ikan selar atau ikan kembung - di bersihkan (saya guna ikan bawal)
    Daun bawang (saya tak guna.sebab takdak)
    Garam
    Gula
    Asam jawa
    Air secukup kegunaan
    Minyak
    Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


    Bahan A ( Di goreng garing )
    12 ulas bawang merah _ d hiris
    12 ulas bawang putih _ d hiris

    Bahan B
    5 - 8 biji cili padi
    3 batang serai - di titik
    2 biji cili merah - di potong menyerong


    Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
    Tumiskan bahan B sehingga wangi.
    Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
    Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
    Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
    Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



    SOTONG GORENG TEPUNG 

    BY: ME

    Sotong yang telah dibersihkan (potong 4 jika besar)
    1 biji telur- pecahkan
    Tepung ranggup-saya guna jenama Suri
    Sedikit garam

    Celupkan sotong ke dalam telur.Campurkan garam kedalam tepung.
    Gaul sotong tersebut ke dalam tepung.Goreng dengan api yang pelahan.


    Memang sedap.Macam sotong goreng tepung di Kuala Perlis.Anak-anak sangat sukakannya.

    Saturday, 14 January 2012

    Peach Cream Cheese Butter Cake


    Dah lama bercita-cita nak buat kek ni.Rasanya dah banyak kali dok tengok resepi ni tapi masih belum terhasil.Dok sibuk apa ntah.hihihih......kawan rekemen kan resepi ni.Dengan izin Allah,dapat ler jugak buat kek yang sangat lembab ditambah dengan buah peach.Bila masuk dimulut,lembut je.hihiih...untuk resepi boleh jugak jengok ke blog kak ita.Sangat cantik blog kak ita.Hanya Allah membalas segala jasa baik kak ita dalam pengkongsian resepi ni.Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

    PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE

    BY: KAK AZLITA

     1 1/2 cawan gula halus
    1 sudu teh esen vanilla
    200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
    2 1/4 cawan tepung naik sendiri
    250gm butter
    250gm cream cheese
    1/3 cawan susu segar (saya guna Ducth Lady Full Cream)
    3 biji telur

    Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
    Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
    Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
    Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
    Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
    Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
    Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.Kali ni saya guna kaedah double boiler.letak air dalam bekas kemudian masukkan ke dalam oven.Letak acuan yang ada bahan-bahan kek didalam bekas tersebut.Air tidaklah perlu banyak.Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan kek tersebut.



    SELAMAT MENCUBA


    Sunday, 8 January 2012

    Sambal Pembuka Selera

    Pernah tak kadang-kadang rasa kurang selera makan bila menu yang dibuat tak sedap? Atau terpaksa makan menu yang sama dengan anak.Maksudnya terpaksa makan yg tidak pedas walaupun kita adalah peminat makanan yang pedas?.Resepi ini adalah jalan penyelesaiannya.hihiihih...nmpk klise tak.hahahhaha....

    Semalam menu untuk dinner saya cuma masak ikan goreng dan sayur pucuk lemak.Tapi rasa macam tak ummm...la nk makan.Terus teringat sambal ni masa ke rumah sepupu di KL aritu.Memang membuka selera bila makan.Tak kisah la makan dengan nasi goreng ke,nasi putih ke.Memang sedap.Saya namakan sambal ni 'SAMBAL HITAM MANIS'. Boleh tak?hihiihi...Jom kita tengok resepi


    Resepi 'Sambal Hitam Manis'

    3biji bawang besar
    2biji bawang putih
    3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (ikut kepedasan masing-masing)
    kicap secukup rasa
    Gula secukup rasa
    Garam secukup rasa

    Kisar semua bahan di atas kecuali kicap,garam dan gula.Tumis bahan kisar.tambah kicap,garam dan gula.tumis sehingga bahan tersebut garing dan agak kering.Setelah siap boleh la makan dengan nasi yang panas-panas.Maveles!!

    Saturday, 7 January 2012

    Projek Weekend

    Sebenarnya bukan projek besar-besar pun.Nampak mcam gah je kan.hihiih....Hanya untuk stok makan-makan kami anak beranak

    Setiap kali ibu buat kek yang orang order mesti kakak tanya,'ibu buat kek untuk kakak ke.kakak nak kek coklat'.kesian pulak.Untuk orang, ibu buat tapi anak sendiri nak, tak buat-buat lagi.So hari sabtu aritu,dengan dibantu oleh anak dara dan anak teruna,jadila cup cake coklat moist.Memang dah jadi faberet Aqilah.Pernah cuba beli kek dari kedai.Tak jalan sangat.Tapi sekali buat bancuhan boleh dapat banyak.Yang kena menghabiskan.....abah la.hihiih...sebab tu abah selalu merungut."mana berat tak bertambah.anak tak habis makan,abg habiskan.isteri tak abis makan,abg jgk abiskan".hihiih....xpala abg.Tak baik membazir.~ngehhh~

    Kek coklat moist.Jom kita tengok resepi

    Kek Coklat Moist

    Bahan-bahan:
    3biji telur size B
    2 cawan gula caster
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh soda bikarbonat 
    Sedikit garam
    1 cawan susu cair
    1 cawan minyak jagung
    1 cawan air panas

    Cara-caranya:
    Pukul gula dan telur hingga kembang.Ayak tepung gandum,serbok koko,serbuk penaik,soda bikarbonat dan garam.campur ke dalam gula dan telur tadi.Gaulkan sampai sebati.Letak susu dan minyak.Gaul lagi sampai sebati.Akhir sekali letak air panas.Gaul sampai sebati.

    Boleh letak ke dalam loyang 8 atau 9 inci.Bakar selama 1jam pada suhu 170 (ikut kepanasan oven masing-masing).Kalau nak letak dalam cup cake,bakar selama 20min.Jangan letak terlalu penuh kerana kek tersebut akan naik.


    Selain dari kek coklat,ibu yang terlebih rajin ni,teringin sangat nak buat karipap.Boleh dijadikan frozen dlm peti ais.Bila nak makan,grg je.Kali ni buat karipap daging.Nak kongsi resepi tapi resepi karipap ni main agak2 je.hihiihi....


    Jom kita tengok resepi karipap lak

    Bahan untuk kulit:

    Planta
    tepung gandum
    Air sejuk

    Cara-caranya:
    Gaul planta dan tepung gandum sampai jadi serbuk roti.Kemudian letak air sejuk.Uli tepung sampai tidak melekat di jari

    Bahan untuk inti:

    Bahan untuk menumis
    Halia
    Bawang merah
    Bawang putih
    (saya tumbuk kesemua bahan ni)

    Serbuk kari daging (saya guna cap Babas)
    Serbuk jintan manis
    Serbuk jintan putih
    Ubi keledek
    Daun sup
    Daging(optional)
    Gula
    Garam

    Cara-caranya:
    Tumis semua bahan untuk menumis.tumis hingga naik bau.letak serbuk kari,jintan manis,jintan putih.Letak sedikit air.tumis hingga naik bau.Kemudian letak ubi dan air.Campurkan daging sekali.tunggu sampai ubi empuk.letak garam dan gula.biar sampai pekat.Letak daun sup.

    Boleh la uli tepung ke dalam acuan masing-masing.

    SELAMAT MENCUBA