Showing posts with label Kisah anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Kisah anak-anak. Show all posts

Monday, 6 May 2013

AMANAH ALLAH

Assalamualaikum.....

kembali bersiaran.mohon maaf sebab lama tak update blog (perasan mcm ramai plk yg view blog i.hehe...)

Tanggal 8 April 2013 jam 9.35pagi,saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah ke muka bumi.syukur dipanjangkan umur utk melihat wajah comel ni.alhamdulillah selamat kedua-duanya.ibu dan baby.

Saya melahirkan baby boy ni secara c-zer.memandangkan dah 2kali c-zer,yg ketiga cnfirm la kna czer jgk.pengalaman2 yg lps byk mengajar saya bagaimana nak menguruskan diri dan baby slps czer.dan yg paling best en suami belanja utk saya bersalin di swasta.blh guna pakai tak ayat tu.haha....sebenarnya nk memudahkan en suami teman dlm wad dan yang penting nk bagi dia tengok sendiri bagaimana saya melahirkan semua anak-anak kami.hehe...siap wat video lg.Anak-anak pn tengok.(nanti blh la anak-anak tgk mcmmana mereka dilahirkan) Yang penting i berpuas hati dgn servis hospital tu.doktor yg sambut baby i azan dulu sebelum hasben i azankan.Alhamdulillah.jahitan pun kemas dan yg penting i tak rasa sakit tapi lepas czer rasa la azabnya.huhuh....

Baby kami yg ketiga ni kami namakan Muhammad Aqil bin Zurazman.Maknanya -cahaya yg bijak-

kakak - Nur Aqilah bt Zurazman
Abang - Muhammad Aqif bin Zurazman
Adik - Muhammad Aqil bin Zurazman
Yang ke 4 - ? (sila bg cadangan utk 5thn lagi.hihih...)


NUR AQILAH


MUHAMMAD AQIF


MUHAMMAD AQIL


Gambar dlm bilik OT.br selesai dibersihkan

Semoga Allah panjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik utk menjaga amanah ini dan mendidik mereka menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.AMIN....

Thursday, 28 June 2012

PARENTING MEETING

26 Jun lepas ada parenting meeting dengan teacher tadika anak-anak.Saya diberi surat untuk hadir pada jam 5.15ptg.Lebih awal dari hari biasa ambil anak-anak.Yeaaahhh!!!boleh balik awai...(ngaaaa...terkejut anak-anak ibu baca nantikan)

Dari penjelasan cikgu Amirah as pengetua di situ, prestasi Aqilah sangat memberansangkan.Boleh dikategori sebagai murid 'A'.ALHAMDULILLAH........Syukur ibu.Dari segi pembacaan,menulis,mewarna,pergaulan,iqra, banyak yg G (for GOOD) - ada jugak yang S (for SATISFACTORY). Ibu tengok buku-buku yg kakak guna masa sekolah,semua good.Pandai anak ibu kan.^_^ (pujian itu adalah sgt penting untuk anak2 kita)

Tak sia-sia dok ulangkaji kat rumah menggunakan buku BACALAH ANAKKU. Walaupun ibu tergarang lebih (tambah2 masa bulan tgh mengambang), sampai kakak merajuk n meraung menangis sebab ibu marah, kakak tetap nak belajar lagi. Sori kakak. Lepas ni ibu tak mau marah-marah lagi sebab ibu tau,kalau ibu tekan sangat kat kakak, ianya tak bagus untuk kakak. Memang terbukti pun.Lepas ibu dah tak marah-marah kakak,baca setakat mana yang kakak mampu, kakak lebih fokus dan ingat. LOVE YOU KAKAK and I'M SORRY FOR MY MISTAKE. - read as peringatan utk diri sendiri supaya tak cuai lagi :)

Dari segi bacaan IQRA,kalau di rumah kakak dah masuk Iqra' 2 tapi di sekolah masih Iqra 1.Takpa,yang penting kakak faham apa yang kakak baca.kenal huruf-huruf Hijai'yah.

DAN.....untuk adik lagi best.hihiiih....Cikgu kata adik anak murid yang paliiiing manja.Setiap hari mesti peluk semua cikgu.Suka sendel2 kat kakak.Tapi kakak tak suka.Geli kot.hihiihih.....

Adik ada kelebihannya.Mudah dengar cakap cikgu bila kata nak buat sesuatu aktiviti.Boleh duduk setempat.Agak suka merajuk tapi kejap je rajuk nyer.hihiih....Dah kenal warna-warna,segi bacaan masih belajar.Takpa,adik kan kecik lagi.baru 2 1/2 tahun.Tapi ibu bangga dengan pencapaian adik.Pandai anak ibu kan ^_^

Apa yang sama kedua-dua anak ibu semasa di sekolah ialah.....cikgu kata orang lain dah abis menyanyi,kakak ngan adik siap sambung nyanyi dan menari.HAAAAAAA?????

Walaupun ibu tidak berjaya menyusukan adik dan kakak sepenuhnya (sebab ibu kurang ilmu.huhuuh....mood-menyesal-) tapi ibu BERJANJI, ibu akan beri pendidikan yang terbaik utk anak-anak ibu.Doa-doa yang mustajab untuk ibu titip buat buah hati ibu. Makanan dan minuman yang berkhasiat yang penuh dengan kasih sayang.Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sentiasa berkasih sayang antara adik dan kakak. Saling bekerjasama.APA YANG PENTING...KERJASAMA :) Doakan semoga keluarga kita bahagia DUNIA dan AKHIRAT.AMINNNNN......

KASIH SAYANG IBU BUAT NUR AQILAH BT ZURAZMAN DAN MUHAMMAD AQIF BIN ZURAZMAN TIADA PENGHUJUNGNYA.TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI INI

Monday, 14 May 2012

Dietku

Assalamualaikum

Nak bagitau ni...hiihih....

Tuan rumah sedang berdiet.hahaha...nak habaq jugek.....dah 2minggu saya sedang berdiet dan menahan dari nafsu makan.fuh!!bukan senang tau

Bermula dari en suami yang ke gym yg br jer dibuka.Siap cerita ada suana la.Bayaq cuma RM3 sekali masuk.klu jadi ahli sebulan RM35.murahkan.Maka bermula 1/5/2012 kami dengan anak2 sekali ke gym.dan bermula haritu saya mulakan pemakanan yg sihat.

Pagi: Oat 3 in 1 dicampur dengan 2 sudu instant oat quarker (kemudian minum 2liter air hingga pukul 1)

Lunch : (kalau sempat saya akan ke gym.berjalan di mesin,buat sauna)
            makan lak selalunya saya masak dari rumah
            2-3 sudu nasi, sup ikan dan sayur (dulu cukup tak suka dengan sayur tapi skrg dh jadi menu          wajib.miracle!!)Lepas tu amalkan minum air kosong lg 2 liter hingga malam

Malam: minum jus (kalau lapar sgt makan biskut)

Buat masa sekarang belum timbang lg.Target nak turunkan 15kg.Tapikan....ada org dah teguq saya dah kurus..hahahah...sukanya....kekekek..poyo tul.

Setiap hari sabtu kami akan bw anak-anak bersama.Dia orang lak lebih excited.tak caya?jom tengok gambar ni






semua muka tak mandi.pg2 lg dah p gym sbb time ni la xdak org


Hadiah yang terindah

Agak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Ibu/Mama/Ummi/Mommy/Mak kepada semua rakan blog.Tapi hari ibu tu kan setiap hari.Jadi tak terlambat kot.hihiih....

Sebenar masih konfius tentang hukum hakam menyambut hari ibu.Sebab tu kami tak buat sambutan hari ibu hanya ucapan dan kad sebagai tanda kasih sayang saya buat ibu tercinta.Saya pun tak kisah sangat suami tak ucapkan sebab saya tau dia sayang saya setiap hari.hihiih....Sebenarnya dia pun ada mengaku.nak wish tapi takut jatuh hukum haram sebab ada ustaz kata haram.Sayang tak kecik hati pun bang.Asalkan sayang sentiasa dihati abg dan anak sudah memadai...:)

Dari anak-anak lak awal-awal lagi dah dapat ucapan.Hari jumaat lepas ambik dari tadika,ibu dapat dua hadiah.dari kakak dan adik.tak kisahlah walaupun teacher tolong buatkan tapi mesti kakak dan adik tolong samakan.Air tangan anak2 ibu jugak.Tapi paling bermakna,kakak ucap 'selamat hari ibu' pada hari ahad.pelukan,ciuman dari anak2 itu lebih berharga buat ibu.kakak siap telefon tok utk wish.Selamat hari ibu mak.Mak adalah ibu yg terbaik.Tiada galang gantinya.dah nak mula sebak dah....


Bila Aqilah wish selamat hari ibu terus dia tnya ibu nak kek tak?nanti kakak buat.^_^

Muffin blueberry ni dibuat bersama2 dengan teacher.pasti kakak terujakan

Lepas tanya ibu nak kek tak,alih2 kakak pulak nak kek.ibu kakak nak kek strawberi.banyak kali dia minta.Ibu dah la tengah berdiet.memang stop dari buat segala kek.Tapi untuk anak-anak,ibu tak kisah.alaaa...ari tu jer nak makan kek kan.nanti ibu jalan2 byk2 kat mesin takasima tu.buang semua kalori kek tu.hihiih....

Punya excited dua2 anak ibu bila ajak ke kedai beli telur sebab bahan tu je takdak.yang lain ada lagi berbaki.boleh la buat mini kek.masa proses membaking pun excited.masing2 nak pegang mixer.takpa,apa yg penting...'KERJASAMA' kan kakak :)

Maka terjadilah SPOUNGE CAKE STRAWBERI berlapiskan coklat ganache (sedap.....) bak kata Aqilah Mmmmmmmmmm...delicious...Alhamdulillah....:)



Kasi CLOSE UP sikit


Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita.Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk menjaga amanah Allah yang tidah ternilai ini.



Tuesday, 24 January 2012

Tunaikan Hasrat Anak-anak

Assalamaualaikum dan salam sayang semua.Hari ni nak cerita program cuti CNY kami.Dah banyak kali Aqilah sebut 'train' setiap kali lalu landasan keretapi walaupun takde train tetapi tetap sebut kat adik train,train...la adik.ha...nampak tak.alahai...kesiannya anak-anak ibu.Lepas naik LRT dan Komuter di KL aritu,masing-masing sebut nak naik train lagi.Kalau dok di KL rasanya akan naik train sampai jemu kot.hihiihi.....

Fikir punya fikir,boleh la bawa anak-anak naik train di Bukit Bendera.Lagipun kami dah lama tak ke sana.Tambah lak sekarang dah ada train baru.Baru la best nak mencubakan.hihiihi...eh sapa yg excited ni.huahuahua....

Memang sekarang dah lain.Banyak pembaharuan.Train dah ada air cond,kawasan yg luas.di atas rasanya masih sama cuma ditambah dengan kenderaan seperti di golf utk bawa pengunjung berjalan-jalan di atas sepanjang 2km.nak berjalan sendiri maklumlah memang tak larat.hihiih.....Pembangunan utk parking dalam pembinaan.Parking bertingkat.Sangat di syorkan utk sesiapa yg teringin ke Bukit Bendera.Dan dinasihatkan kalau nak pergi time cuti sekolah atau cuti perayaan pergi awal pagi.6.30pagi train dah ada.Kalau tak, berebut dan bersesak la dalam train tu.

Lepas solat subuh terus kami gerak.Malam sebelumnya dah bagitau kat Aqilah,esok nak train.Wah bukan main gembiranya dia.Awal-awal lagi dh bangun.Jalan pun lengang.20min dah sampai Bukit Bendera.Memandangkan rumah mak hanya di Seberang Jaya,memang tak memakan masa yang lama untuk sampai ke sana kalau jalan tak sesak dengan kenderaan.Kalau sampai awai pagi,boleh la merasakan kesejukan di atas sana tu.Kabus masih ada.Jom layan gambar-gambar yg di snap oleh cik abg. Tak mustahil la gambar kami yg banyak sebab dia tukang ambik gambar.hihiihih....

 Menunggu train sampai.Siap bawa bekal yg jiran cina bg.Dah CNY kan.mestila makan limau.hihiihi....

Naik train pukul 7.30pagi.Masa ni tengah tunggu dalam train sebelum train bergerak
Mula-mula memang muka nerves.Lagipun ramai orang masa ni.Anak-anak duduk dengan tok

Keadaan dalam train.Sekarang dah ada air cond.Takla berpeluh sgt
Baru sampai di atas BUkit Bendera
Kabus masih ada.lebih kurang 15-20 min masa di ambil untuk sampai ke atas
Dulu bunga ni xdak.Tak tau apa nama bunga ni tapi cantik sgt

 Now at Bukit Bendera
 Suasana waktu pagi di atas Bukit Bendera
 Bila balik kampung,macamni la Aqif.Asyik nak berkepit dengan Tok je.Tangan tu yang tak tahan.Siap letak dalam poket.hihiih...
 Keadaan atas Bukit Bendera yang masih dalam renovation
 Masjid Bukit Bendera
 Penang Hill Mosque
 Sejuk masa ni
Taman Burung.Tapi masa ni belum buka lagi.9.00pagi baru buka
 3 kali tranformasi.yang sebelah kiri train dari tahun 1923-1977.Sebelah kanan dari tahun 1977-2010.dan yang tengah train tahun 2011
 Teropong apa tu abg :)
 Tengok tu.Pantang tangan di lepaskan
 Aqif sangat susah kalau di ajak bergambar.View dari atas
 Tunggu train utk turun ke bawah.Memang tak ramai masa ni.Boleh pilih nak duduk di mana
 Kosong.Hanya 3 family dlm train masa ni.Masa nak turun memang train laju.
 View di entrance Bukit Bendera

Lepas keluar dari Bukit Bendera,Aqilah request nak naik feri.Masa nak datang kami lalu jambatan Pulau Pinang.So balik nak feri pulak.Selalunya macamtu la.Baru seronok.hihiih....

 Abang,bila la kita nak merasa nak kapal besar yang tu kan.hihiihh.....
 Happy kakak.Masa ni adik tido.Kesian pulak nak kejut
Best!!!


Wednesday, 4 January 2012

Hari Pertama Mereka

Dapat kol dari HR Aulad tarikh untuk daftar anak-anak puan ke tadika adalah 4-01-2012 jam 8.30pagi.Siap dapat msg buat peringatan untuk ibu sebab ibu lately suka terlupa.Dah tua kah? Sweet 30 kan kan kan...hihiih

Fuh! Ibu yg terlebih nerves.Anak-anak rasa apa-apa tak? ^_^

3-01-2012 last day di rumah maktok a.k.a rumah pengasuh.Ibu sibuk suruh anak-anak salam maktok.Siap habaq ari ni last di sini.Esok tak mai dh.Tiba-tiba blh pulak sebak. Nasib baik ibu dapat mengawalnya dengan sebaik mungkin tanpa disedari sesiapa.hihiihih....Anak-anak?maintain...macam biasa (suatu hari nanti kakak dan adik akan faham kenapa ibu sebak.emo betul la ibu ni.hihiihi....boleh plak?)

Semalam dh bawa anak-anak ke tadika.Tengok dari luar je.Adik excited tengok mainan yang serba baru. Kakak asyik sebut tadika yang lama.Kalau hantaq dua-dua kat situ,ibu semput kak...abah tiap2 malam kena balik kul 10mlm.wat OT.aharks!!


Orang bersemangat nak ke sekolah adalah Muhammad Aqif.Pakai hensem2,galas beg,bgtau kat nurul (kwn ibu) yg dia nk pi sekolah.Payung tu adalah persediaan sebelum hari 'hujan' dia hanya di tadika nanti.hehehhe....

 Kakak yg very cool ke sekolah.kata Aqilah,bear pun nak sekolah.teacher tak marahkan.-Tak sayang-Teacher tak marah.bawa la semua bear kakak p sek.(ayat ni hnya dlm post ni sahaja.aharks!)


Tengok kakak yg cool je di sekolah,ibu pun nak angkat kaki la balik opis.Tiba-tiba si hensem boy asik nak berkepit je.Ibu bagi choice rumah maktok atau sek,dua-dua geleng.jawapan yang keluar 'nak ibu'.Lepas jam 10pg,ibu gerak perlahan-lahan serahkan baju dan susu kat teacher. teacher yg sgt baik hati pujuk Aqif dgn lolipop. Dan dengan gerak perlahan tetapi cepat (blh bayangkan tak.hiihih...) cari pintu keluar. Maka dengarlah suara Aqif yang sangat nyaring tu ^_^

Doa ibu agar Aqilah dan Aqif mendapat ilmu yang diberkati Allah, berjaya dunia dan akhirat. Ibu tinggalkan kakak dan adik di sekolah bukan bermakna ibu tak sayangkan kalian berdua, demi kejayaan dan masa depan anak-anak ibu,apa saja ibu sanggup lakukan. Doa dan kasih sayang ibu dan abah sentiasa mengiringi kalian berdua.

*hari ini adalah hari kedua di tadika.Adik demam terkejut sebab kena tinggal kot.Kakak tak mau pi sekolah sebab adik demam (think positif: kakak nak jaga adik.sian kat adik).Berjanji sakan untuk pujuk kakak ke sekolah.Alhamdulillah,jejak jugak dia ke sekolah harini.Semoga adik cepat sembuh.Boleh sama-sama galas beg ke sekolah.