Thursday 27 December 2012

Menjelang 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua kwn2 blog

azam 2012 dh terlaksana tak.mesti dah semua kan.saya jer ada yg blm.blm tercapai dek kerana diri sendiri.hehhehe...in syaa Allah 2013 mari sama2 kita penuhi segala azam 2012 yg masih belum terlaksana dan membina azam yg br utk 2013.

Terasa diri ini nak meng'list'kan segala azam 2013.sila jgn ketawa yer.hehehhe...bukan apa spy saya tak terlupa segala azam 2013.spy jgn ada yg tercicir.hehehhe....sila bg semangat yer kwn2 ^_^

1 - nak beri exclusive breastfeeding utk anak yg ke3 hingga 6bulan dan full breastfeeding hingga 2thn.in syaa Allah.nak kuat semangat dan rajin buat stok susu semasa di opis.rajin bgn awal pg sediakan stok susu utk anak.

2 - rajin bgn awal pg buat sarapan utk famili =azam ni tiap2 thn sebenarnya.gluppp!!!!

3 - menjadi hambaNya dgn lebih bertakwa.rajin solat sunat tgh mlm,dpt qatam quran tiap2 tahun,dapat membantu org yg susah.semoga hati ini menjadi lebih tenang dan ditetapkan iman.

4 - nak berjaya nak bisnes.dalam fikiran ni ada projek br nak buat.lbh kepada pembuatan utk komersil.doakan saya!!!!

5 - nak mendidik anak2 lebih bertakwa,berjaya dunia dan akhirat = azam tiap2 tahun.

6 - nak tambah aset tetap utk famili.in syaa Allah jika dimurahkan rezeki.

7 - nak jadi isteri,anak, dan muslimah yg solehah.yg lebih bersifat penyabar dan sentiasa berfikiran positf.

8 - nak menjadi lebih rajin,bersemangat (bkn hnya sekerat jalan),bersungguh2 utk berjaya dunia dan akhirat.

9 - nak jadi org yg paling baik dlm setiap hubungan dgn manusia.tiada sifat2 mazmumah.tanamkan sifat2 mahmudah.in syaa Allah.

10 - yg terakhir ni tak dpt nak sebut.ia adalah rahsia.semoga Allah permudahkannya.semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah utk memulihkan hubungan ini semula.Aminnn.....

Breastfeeding Class

Assalamualaikum warga blogger

oppsss...jgn marah2 sebab lamaaaaa sesangat tak update blog.hehehhe...kemalasan menimpa dan takdak story best2.nak share resepi gambar lak lupa bw.nak buat kat rmh mmg xsempat la.berebut2 dgn anak2.berebut laptop.anak-anak zaman canggih.gitu la kan.

Alhamdulillah usia kandungan dah mencecah 22minggu.dah mula rasa baby menguit.tambah2 bila tgh abang dan kakak dia bergomoi2 atas katil.baby pun sama nak main.kalau masa kakak dan abg belajar,baby pun mcm excited sm nak belajar.seronokkan.apa lg,jom peknen lg.heheheh.....

Impian pertama masa nak mengandung ni adalah kerana rindu sgt nak menyusukan baby.saya tak mahu gagal lg.tp masa ke kelas penyusuan tempoh ari,pakar laktasi kak shidah kata tak ada istilah gagal dlm penyusuan.wpun tak exclusive tapi saya masih dpt menyusukn anak wpun hanya 6BULAN.sungguh indah dan baik kata2 kak syidah.hilang segala kekecewaan saya.kecewa kerana tak dpt beri yg terbaik buat anak2.dan satu lagi tiasa istilah lambat bertindak.yerlah dah nak msk anak ke3 baru la terhegeh2 nak cari ilmu penyusuan.dulu igt sng tp byk cabarannya.tak lambatkan.asalkn kita sentiasa nak beri yg terbaik buat anak2 kita.

Ok bercerita tentang kelas penyusuan tempoh ari,saya SANGAT-SANGAT berbangga dengan en suami kerana sanggup drive blk png wpun lps penat balik kerja.cuti hanya sehari utk blk ke png.ini je la peluang yg ada utk ke kelas tu.dan...suami sanggup join sekali dlm kelas tersebut wpun mula2 malu.yerlah,berckp tentang breast dan byk gambar lebih keterbukaan.tapi ini adalah utk ilmu.yang paling2 BEST...suami ucapkan terima kasih sbb bw dia sekali dlm kelas tersebut.byk benda yg baru tau walaupun dah nak msk anak ke3.syukur alhamdulillah.terasa lebih bermakna kali ni.

kelas aritu hanya menerangkan basic penyusuan,cara posisi yg betul (yg tidak menyakitkan ibu semasa menyusukan baby),dan lain2 masalah dan persoalan yg sentiasa ada dlm fikiran ni.mitos dan fakta.semuanya dh terjawab.harap2 saya lebih berkeyakinan utk anak ke3 ni.

utk penyusuan ibu kerjaya,saya perlu ke sessi kelas lain.in syaa Allah bln 2 ni.alatan penyusuan hanya membantu.yang penting ilmu dan kesungguhan.akan saya jadikan kawan2 yg berjaya menyusukan anak2 mereka selama 2thn sebagai mentor.doakan semoga saya berjaya kali ni.

buat suami yang paling saya kasihi,terima kasih yg tak terhingga atas sokongan utk sayang berjaya menyusukan anak kita yg ke 3 ni.tqvm.bertambah ksh syg dalam rumahtangga kita.LOVE U SO MUCH!!! (sila abaikan ayat2 ini wahai pembaca blog sekalian.sila jgn muntah.hehehhe....)

buat ibu2 yg sedang mengandung,jom pakat cari ilmu.ilmu sesgt la penting.penting utk kita dan anak2.begitu indahnya alam mengandung dan membesarkan anak2 ni kan.begitu besar pahala yg Allah berikan buat ibu2 semua.jgn serik utk mengandung dan melahirkan anak.

ok jumpa lg pada post akan datang.hehhehe....sori byk membebel kali ni.peace!!!