Monday 14 May 2012

Dietku

Assalamualaikum

Nak bagitau ni...hiihih....

Tuan rumah sedang berdiet.hahaha...nak habaq jugek.....dah 2minggu saya sedang berdiet dan menahan dari nafsu makan.fuh!!bukan senang tau

Bermula dari en suami yang ke gym yg br jer dibuka.Siap cerita ada suana la.Bayaq cuma RM3 sekali masuk.klu jadi ahli sebulan RM35.murahkan.Maka bermula 1/5/2012 kami dengan anak2 sekali ke gym.dan bermula haritu saya mulakan pemakanan yg sihat.

Pagi: Oat 3 in 1 dicampur dengan 2 sudu instant oat quarker (kemudian minum 2liter air hingga pukul 1)

Lunch : (kalau sempat saya akan ke gym.berjalan di mesin,buat sauna)
            makan lak selalunya saya masak dari rumah
            2-3 sudu nasi, sup ikan dan sayur (dulu cukup tak suka dengan sayur tapi skrg dh jadi menu          wajib.miracle!!)Lepas tu amalkan minum air kosong lg 2 liter hingga malam

Malam: minum jus (kalau lapar sgt makan biskut)

Buat masa sekarang belum timbang lg.Target nak turunkan 15kg.Tapikan....ada org dah teguq saya dah kurus..hahahah...sukanya....kekekek..poyo tul.

Setiap hari sabtu kami akan bw anak-anak bersama.Dia orang lak lebih excited.tak caya?jom tengok gambar ni






semua muka tak mandi.pg2 lg dah p gym sbb time ni la xdak org


Hadiah yang terindah

Agak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Ibu/Mama/Ummi/Mommy/Mak kepada semua rakan blog.Tapi hari ibu tu kan setiap hari.Jadi tak terlambat kot.hihiih....

Sebenar masih konfius tentang hukum hakam menyambut hari ibu.Sebab tu kami tak buat sambutan hari ibu hanya ucapan dan kad sebagai tanda kasih sayang saya buat ibu tercinta.Saya pun tak kisah sangat suami tak ucapkan sebab saya tau dia sayang saya setiap hari.hihiih....Sebenarnya dia pun ada mengaku.nak wish tapi takut jatuh hukum haram sebab ada ustaz kata haram.Sayang tak kecik hati pun bang.Asalkan sayang sentiasa dihati abg dan anak sudah memadai...:)

Dari anak-anak lak awal-awal lagi dah dapat ucapan.Hari jumaat lepas ambik dari tadika,ibu dapat dua hadiah.dari kakak dan adik.tak kisahlah walaupun teacher tolong buatkan tapi mesti kakak dan adik tolong samakan.Air tangan anak2 ibu jugak.Tapi paling bermakna,kakak ucap 'selamat hari ibu' pada hari ahad.pelukan,ciuman dari anak2 itu lebih berharga buat ibu.kakak siap telefon tok utk wish.Selamat hari ibu mak.Mak adalah ibu yg terbaik.Tiada galang gantinya.dah nak mula sebak dah....


Bila Aqilah wish selamat hari ibu terus dia tnya ibu nak kek tak?nanti kakak buat.^_^

Muffin blueberry ni dibuat bersama2 dengan teacher.pasti kakak terujakan

Lepas tanya ibu nak kek tak,alih2 kakak pulak nak kek.ibu kakak nak kek strawberi.banyak kali dia minta.Ibu dah la tengah berdiet.memang stop dari buat segala kek.Tapi untuk anak-anak,ibu tak kisah.alaaa...ari tu jer nak makan kek kan.nanti ibu jalan2 byk2 kat mesin takasima tu.buang semua kalori kek tu.hihiih....

Punya excited dua2 anak ibu bila ajak ke kedai beli telur sebab bahan tu je takdak.yang lain ada lagi berbaki.boleh la buat mini kek.masa proses membaking pun excited.masing2 nak pegang mixer.takpa,apa yg penting...'KERJASAMA' kan kakak :)

Maka terjadilah SPOUNGE CAKE STRAWBERI berlapiskan coklat ganache (sedap.....) bak kata Aqilah Mmmmmmmmmm...delicious...Alhamdulillah....:)



Kasi CLOSE UP sikit


Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita.Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk menjaga amanah Allah yang tidah ternilai ini.