Sunday 12 February 2012

Romantika De Amor

Assalamualaikum rakan-rakan.Selamat berhari minggu.Lamanya tak berblog.Dengan masalah internet yang slow,bertambah-tambah malas la nak update blog.Sementara ada sedikit masa ni,cuba jugak mengupdate citer-citer yang telah lepas.

Kali ni nak berkongsi cerita tentang Romantika De Amor.Dengan sapa lagi kalau tidak dgn my soul,my heart..ewah...ewah...Dah lama tak berdua-dua ni.Jalan berpegangan tangan,wah romantik gitu. Kadang-kadang dalam hubungan suami isteri kita perlukan masa berdua.Berjalan-jalan,makan angin,makan dengan suasana romantik...bestkan.hihiih...mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.

Alhamdulillah,lately dimurahkan rezeki kami berdua.Memandangkan anniversary ke 5tahun hanya disambut di hospital (suami menjalani pembedahan kecil), jadi kami decide nak lunch berdua di tempat first dating dulu.hihiihih....dekat Menara Alor Setar.Apa yang menarik di sini,semasa kita sedang menjamu selera,tempat duduk kita akan berputar. Kiranya kita dapat melihat pemandangan seluruh alor star.Jom layan gambar-gambar pasangan Romantika De Amor ni.ahhahaha....

dalam lif masa naik ke atas
my love

 menanti makanan.dah lapar sgt ni.hihiih...
 permandangan alor star dari atas menara
 menu lunch kami.ada sup ayam,rendang daging,kerabu mangga,sayur,sotong,sambal belacan bersama ulam dan buah-buahan



sedap yer cik kak.hiihih...

 nak tunjuk gambar masa restoran ini berputar.di ambil dari meja makan
 dah sampi sini.gambar di ambil dari meja makan
 tiba-tiba teringin jeruk lak.aharks!
 ni menu high tea.kami x ambil pun
Alhamdulillah dah kenyang :)
 Best.sukanya dia bila dh kenyang.hihiih...
 terasa mcm blm berkawin dulu.ms bercinta dulu.hihiihih...skrg pun masih bercinta gak :)
 fD'Saji.Hak milik Bumiputra
Lain kali boleh bawa anak-anak ke sini.Mesti mereka suka dengan playland ni.Macam bestkan.hihiih...