Sunday 26 August 2012

Penuh rasa kesyukuran di Aidilfitri

Syukur, Alhamdulillah.itu perkataan pertama yang nak diluahkan pada hari raya Pertama Aidilfitri 2012.Syukur padaMu Ya Allah kerana telah memakbulkan doaku ini.Ketenangan di pagi raya,silaturahim dapat di eratkan,rezeki yang melimpah ruah.Syukur,syukur,syukur.....

Semoga ketenangan dan silaturahim ini terus erat dan tiada lagi kekeruhan di antara sesama Islam.Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih,Pemberi Petunjuk, dan Maha Penyayang.Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami.

(Ya Allah, Kau kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah,sihat tubuh badan dan sempurna sifatnya.Amiiinnn...)

Friday 17 August 2012

Tinggal satu hari jer lagi

Salam Ramadhan

Alhamdulillah,syukur atas nikmatNya diberi kesihatan yang baik,rezeki yang murah di bulan Ramadhan. Hanya tinggal sehari jer lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Sedih,syahdu.Al-quran tak sempat nak khatam,amal ibadat pun masih kurang.Tak dapat ke Terawih seperti orang lain.Ya Allah panjangkanlah umur ku supaya dapatku berjumpa Ramadhan lagi.

Hampir sebulan menyiapkan tempahan kuih batang buruk dan jejari oat.Alhamdulillah,tidak disangka2.Tempahan tahun ini banyak.Sebenarnya dulu saya tidak yakin dengan produk yg saya jual,saya buat sendiri.yerlah nama pun batang buruk.Tak la secantik biskut2 raya yang lain.hehhehe....Tapi selepas ke seminar usahawan Dr Azizan,semangat saya berkobar2.Segala nasihat2,ilmu2 perniagaan saya praktikkan.Syukur,semua ini pemberian dari Allah.Jika kita usaha,pasti ada ganjarannya.Duit takkan datang bergolek kalau kita duduk saja.Yang penting berusaha,doa dan tawakal.Rezeki Allah ini luas.jadi jangan jemu berdoa,memohon kepadaNya.

InsyaAllah produk batang buruk akan berterusan sepanjang tahun.Tidak tertumpu hanya pada perayaan.Perjalanan  saya masih jauh.Sokongan kawan2 sangat saya perlukan.Dan saya juga nak tengok orang melayu berjaya seperti bangsa lain dalam perniagaan.Impian saya, nak pasarkan batang buruk ke pasaraya-pasaraya besar seluruh Malaysia.InsyaAllah......

Hari ini bos dah bagi cuti siap dengan duit raya.Alhamdulillah.Kita bagi sedekah hanya RM5 tetapi Allah bagi ganjaran berlipat kali ganda.Ya Allah sungguh besar nikmat yang Kau berikan.Syukur.....Sebak bila fikirkan hal ini.Masih banyak kekurangan diri ini.tetapkanlah imanku supaya aku istiqamah dalam beribadah kepada Mu.Amin.....

InsyaAllah kalau anak bulan dah nampak,hari ahad kita akan menyambut Aidilfitri.teringatkan arwah abah.Abah tak sempat nak merasa sedikit kesenangan/rezeki yang saya dapat sekarang.mesti abah gembira.masa abah ada,Ramadhan kami meriah.Abah memang pandai dalam menetapkan menu berbuka.Seronok dgn gurau senda abah.Sekarang tiada lagi gelak tawa tapi masih meriah dgn gelak tawa anak2 buah dan anak sendri.riuh ^_^ semoga abah ditempatkan bersama2 orang beriman.Doa kami takkan putus buat abah.semoga abah tenang disana. Tadi kami berkumpul berbuka bersama2 dgn abang sekeluarga.Buat tahlil utk arwah abah.tengok muka mak gembira anak cucu berkumpul.alhamdulillah. Semoga kami masih berkesempatan menggembirakan mak.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA SEKELUARGA