Sunday 29 January 2012

Kek Pandan Layer

Alhamdulillah,masih mendapat tempahan dari jabatan kerajaan dari Alor Star.Kiranya kontrak tiap-tiap bulan untuk kek hari jadi staf.Saya cadangkan pada kak kiah merasai kesedapan kek pandan layer.Bukan saja kita akan rasa keknya tapi puding dan lemak santannya sekali. Memang sedap.

Thanks kak kiah for the repeat order

Semalam sambil-sambil tengok AJL,mendeco kek ini.


Rupa kek pandan layer sebelum disaluti dengan kelapa parut

Rupa dari dalam

Tuesday 24 January 2012

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Fiza dan Rizal.Kami kenal masa masing-masing staf Hisham & Co tapi sebenarnya kami dh kenal lama.Cuma tak perasan je.hihiih...Fiza merupakan senior saya di UiTM Arau dulu.

Sweet sangat Fiza.Berseri-seri.Rasa macam nak berseri-seri macam pengantin jugak.eh!boleh ker?hihihiih....


 Semoga Fiza dan suami bahagia hingga ke akhir hayat.Tiada yang lebih manis semanis madu ataupun gula,melainkan bila dikurniakan teman yg paling rapat dalam hidup kita.Teman utk menangis,ketawa,bercerita,luahan perasaan,merajuk dan tempat bergosip2.eh!yg tu masuk dlm senarai jgk tak.hiihihih.....I'm also happy for both of you.Selamat menjalani alam rumah tangga.Wah syahdu pulak.huhuuh....


Bila dok snap gambar pengantin,Aqif pun sibuk nak 'smile' jugak.Istilah Aqif bila nak snap gambar.hihiih....


Anak-anak paling seronok bila kenduri.Aqilah kata kat kenduri ada air oren,coklat,telur.hihiihih.....zaman kanak-kanak memang penuh dgn keseronokan dan kegembiraan.Rasa mcm nak kembali zaman kanak-kanak dulu je.hihiihi....Lauk-lauk kenduri sememangnya sedap.masih teringat ayam panggang tu.Ada lg tak Fiza.hiihihih.....

Tunaikan Hasrat Anak-anak

Assalamaualaikum dan salam sayang semua.Hari ni nak cerita program cuti CNY kami.Dah banyak kali Aqilah sebut 'train' setiap kali lalu landasan keretapi walaupun takde train tetapi tetap sebut kat adik train,train...la adik.ha...nampak tak.alahai...kesiannya anak-anak ibu.Lepas naik LRT dan Komuter di KL aritu,masing-masing sebut nak naik train lagi.Kalau dok di KL rasanya akan naik train sampai jemu kot.hihiihi.....

Fikir punya fikir,boleh la bawa anak-anak naik train di Bukit Bendera.Lagipun kami dah lama tak ke sana.Tambah lak sekarang dah ada train baru.Baru la best nak mencubakan.hihiihi...eh sapa yg excited ni.huahuahua....

Memang sekarang dah lain.Banyak pembaharuan.Train dah ada air cond,kawasan yg luas.di atas rasanya masih sama cuma ditambah dengan kenderaan seperti di golf utk bawa pengunjung berjalan-jalan di atas sepanjang 2km.nak berjalan sendiri maklumlah memang tak larat.hihiih.....Pembangunan utk parking dalam pembinaan.Parking bertingkat.Sangat di syorkan utk sesiapa yg teringin ke Bukit Bendera.Dan dinasihatkan kalau nak pergi time cuti sekolah atau cuti perayaan pergi awal pagi.6.30pagi train dah ada.Kalau tak, berebut dan bersesak la dalam train tu.

Lepas solat subuh terus kami gerak.Malam sebelumnya dah bagitau kat Aqilah,esok nak train.Wah bukan main gembiranya dia.Awal-awal lagi dh bangun.Jalan pun lengang.20min dah sampai Bukit Bendera.Memandangkan rumah mak hanya di Seberang Jaya,memang tak memakan masa yang lama untuk sampai ke sana kalau jalan tak sesak dengan kenderaan.Kalau sampai awai pagi,boleh la merasakan kesejukan di atas sana tu.Kabus masih ada.Jom layan gambar-gambar yg di snap oleh cik abg. Tak mustahil la gambar kami yg banyak sebab dia tukang ambik gambar.hihiihih....

 Menunggu train sampai.Siap bawa bekal yg jiran cina bg.Dah CNY kan.mestila makan limau.hihiihi....

Naik train pukul 7.30pagi.Masa ni tengah tunggu dalam train sebelum train bergerak
Mula-mula memang muka nerves.Lagipun ramai orang masa ni.Anak-anak duduk dengan tok

Keadaan dalam train.Sekarang dah ada air cond.Takla berpeluh sgt
Baru sampai di atas BUkit Bendera
Kabus masih ada.lebih kurang 15-20 min masa di ambil untuk sampai ke atas
Dulu bunga ni xdak.Tak tau apa nama bunga ni tapi cantik sgt

 Now at Bukit Bendera
 Suasana waktu pagi di atas Bukit Bendera
 Bila balik kampung,macamni la Aqif.Asyik nak berkepit dengan Tok je.Tangan tu yang tak tahan.Siap letak dalam poket.hihiih...
 Keadaan atas Bukit Bendera yang masih dalam renovation
 Masjid Bukit Bendera
 Penang Hill Mosque
 Sejuk masa ni
Taman Burung.Tapi masa ni belum buka lagi.9.00pagi baru buka
 3 kali tranformasi.yang sebelah kiri train dari tahun 1923-1977.Sebelah kanan dari tahun 1977-2010.dan yang tengah train tahun 2011
 Teropong apa tu abg :)
 Tengok tu.Pantang tangan di lepaskan
 Aqif sangat susah kalau di ajak bergambar.View dari atas
 Tunggu train utk turun ke bawah.Memang tak ramai masa ni.Boleh pilih nak duduk di mana
 Kosong.Hanya 3 family dlm train masa ni.Masa nak turun memang train laju.
 View di entrance Bukit Bendera

Lepas keluar dari Bukit Bendera,Aqilah request nak naik feri.Masa nak datang kami lalu jambatan Pulau Pinang.So balik nak feri pulak.Selalunya macamtu la.Baru seronok.hihiih....

 Abang,bila la kita nak merasa nak kapal besar yang tu kan.hihiihh.....
 Happy kakak.Masa ni adik tido.Kesian pulak nak kejut
Best!!!


Monday 23 January 2012

Kek Chiffon Pandan

Masa tinjau-tinjau blog kak yati,terjumpa resepi kek chiffon pandan.Sedap dan gebu jer tengok.Mula la meronta-ronta dalam hati nak buat.Nak buat dirumah,dah nak cuti CNY.Jadinya mula la projek menyelerakkan dapur mak.hahahhaha...

Tiap kali balik kampung ade je lah projek masak memasak di dapur mak.Kali ni bawa balik resepi CREAM PUFF.Sampai 3kali buat.Resepi ada di link ini.Bayangkanlah berapa banyak cream puff terhasil.Mak siap bawa ke kelas mengaji.Bagi anak-anak murid mak makan.Pakat kata sedap dan lembut.Mak tnya belajar di kelas ke? Takla,ambik resepi kat internet je.Sekarang semua dihujung jari.^_^. Lepas ni mak boleh buat pulak.Bukan main semangat lagi.Teringat masa kecik-kecik dulu. Mak yang sibuk didapur siapkan kuih muih.Sekarang turn saya pulak.Mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi.hihiihi......petang ni request dari suami pulak.nak makan cream puff lagi.Takpa,kita makan sampai jemu.hihiihh....

Aritu tengok ulangan Master Chef di Astro.Chef Jo Cream Puff yang sangat menarik.Tersangat teringin mencuba.Tengok masa terluang nanti.

Wah dah melalut.Mana citer pasal kek chiffon pandan.hahahha......Memang tak dinafikan.Kek yang sangat sedap,lembut,gebu.Rasanya mengalahkan kek yang dijual dikedai.hahahha...agak melampau tak statement ni.huhuuh.....Nak wat camne.Resepi dari kak Yati ni memang sedap.Thank you kak yati.Thanks jugak jadi follower blog saya yang tak seberapa ni.huhuuh....Resepi asal dari kak Yati.Boleh tengok link ini. Jom kita tengok resepi Kek Chiffon Pandan.Saya pasti semua orang boleh buat.

KEK CHIFFON PANDAN

BY: KAK YATI 


Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur (saya guna gred B)
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat (saya guna 200ml santan KARA)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir (saya guna gula caster)
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir (saya guna gula caster)
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.(masa panas saya dah potong.hihihi...derhaka sungguh.tak sabar nak makan.Bila makan panas-panas,fuh!sedap sungguh)


    Her Big Day

    Dalam kemeriahan cuti CNY ni,dapat jugak menghadirkan diri di majlis pernikahan rakan satu bos tp lain pejabat.hihiih....kiranya kami bekerja di cawangan lain2 tp kami sangat close.Tahniah wahiza dan talib.Hanya sekali lafaz je Wahiza sah menjadi suri hati Talib.



    Semoga kalian berdua bahagia hingga ke hujung nyawa
    Semoga tabah dan sabar menghadapi alam rumahtangga.
    Semoga sentiasa senyum mengharungi hidup berdua yang pastinya sangat manis macam madu (mesti la senyum kan.hihiih.....)
    Semoga cepat dikurniakan cahaya mata.Aqif dok tunggu ni.hahhaha...

    you look gorges.cantik sgt :)

    Makanan yg dihidangkan sangat sedap.2 kali chek tambah.hihiih....

    (Nerves nak buat wedding cake utk iza nanti.semoga dipermudahkan segala urusan.semoga dapat buat yang terbaik utk rakan yg sgt special ni.)

    Tuesday 17 January 2012

    Cream Puff

    Selamat pagi semua!!!wah pagi-pagi dah update blog.Azam 2012 nampaknya menjadi.Harap-harap terus istiqamah ^_^.Semalam tidokan anak-anak awal.Jam 9 lebih semua sudah di arah masuk bilik.Kalau ada abah depa confirm lewat sikit.Gomoi-gomoi dulu baru tido.

    Sementara tunggu suami balik dari keja (semalam balik lewat sebab ada operasi),mula la bercadang-cadang nak buat cream puff. Resepi dah ambik dari FB Jom Masak by Nik Zamzurina.Boleh add Facebook Jom Masak.Banyak lagi resepi di situ.Terima kasih banyak-banyak kepada Nik atas pengkongsian resepi Cream Puff yang sangat mudah dan sedap.Mula-mula ingatkan susah,mudah rupanya.Kalau saya boleh buat,mesti kawan-kawan pun boleh.Bahan-bahan pun semua dah ada dirumah.

    Jom kita tengok resepinya


     CREAM PUFF
    BY: NIK ZAMZURINA


    Bahan A

    350 ml air
    80 gm marjerin
    1 sudu besar gula
    1 sudu teh garam ( saya guna 1/2 sudu teh je coz terasa masin)

    Bahan B

    230 gm tepung gandum
    1 st baking powder (saya guna double action baking powder)

    Bahan C

    5 biji telur (saya guna size B)
    1 sudu teh esen vanilla 


    Kastad : ( kastad nie boleh digunakan untuk 2kali adunan puff.Banyak sangat )

    100 gm tepung kastad
    200 gm gula
    600 ml air
    1 tin susu cair
    1 sudu besar marjerin
    1 sudu teh esen vanilla ( nik letak 2 st esen vanilla )

    Cara-cara


    1. Panaskan bahan A sehingga mendidih dan marjerin cair.
    2. Masukkan bahan B, kacau sehingga tidak melekat pada sudip.
    3. Angkat dan sejukkan selama lebih kurang 5 minit.
    4. Masukkan adunan campuran tadi ke dlm mixer bersama adunan C. Putar sampai licin @ tdk berbintil
    5. Masukkan adunan dlm piping beg dan terap dgn acuan berbunga
    6. Bakar pd suhu 180'C selama 30 minit sampai keemasan (Ikut pada kepanasan oven anda)
    7. Sejukkan dan belah 2. isikan inti yang masih panas. Sejukkan.



    Rupa puff sebelum dibakar




    Yang ni terlebih masak.Gambar ni je yg elok.huhuuh...makan puff saja pun dh sedap.Garing diluar,lembut didalam.



    Selepas diletakkan cream kastardnya.memang sedap.Pukul 12tgh mlm dok makan benda ni.waaaa.....gemuks la.huhuuhh....

    Lepas ni teringin nak buat dengan inti durian pulak.Musim durian sekarang.Sampai sekarang belum pekena durian lagi.Kesihatan yang kurang mengizinkan dan suami kurang gemar dengan durian.Kalau nak makan jugak,balik makan kat rumah mak.Baru ada feel.Tak best makan sorang-sorang.hihiihih....


    SELAMAT MENCUBA

    Sunday 15 January 2012

    Ikan Bawal Tempra Nyonya dan sotong goreng tepung

    Lamanya tak berasa makan sama-sama dengan suami di hari Ahad. Hari ni merupakan hari cuti bagi semua rakyat di Kedah termasuk la suamiku.Cuti Keputeraan Sultan Kedah.Daulat Tuanku.Walaupun menetap di Perlis,tetapi bekerja di Kedah.Maka dapat la anak-anak bermain sepuas-puasnya dengan abah.Selalunya hari ahad hanya tinggal kami bertiga.

    Bersungguh-sungguh hari ni menyediakan lunch special untuk family.Sotong goreng tepung,ikan bawal tempra nyonya dan peach cream cheese butter cake (resepi kek dalam blog sebelumnya.) Gigih sungguh ibu.Lepas balik jongging sediakan sarapan,lepas sarapan sediakan kek dan seteruskan menu untuk makan tengah hari.Dah itu tanggungjawab isteri kan ^_^. Sebagaimana gigihnya ibu begitu juga gigihnya Aqilah butangkan baju adik


    Gigih jugak Aqif bersembang dengan Tok sampai tak mau lepas telefon.Pedulikan gambar dibelakang kepala Aqif.hihiih.....


    Sebenarnya kuasa makanan sememangnya sangat kuat hingga boleh menyebabkan suami tinggalkan kerja pejabat untuk pulang awal kerana si isteri memasak makanan kegemarannya.hihiihih.....Tidakkah bertuah sang isteri kerana sang suami sentiasa teringatkan masakannya?hahaha...dah melalut ke laut.Jom tengok resepi Ikan Bawal Tempra Nyonya yang saya ambil resepinya dari blog kak ita .Rasa masam-masam asam jawa dan pedas2 cili padi.Sedap sangat.Suami saya pun suka.Disebabkan suami bawa balik cili merah yang luar biasa semasa menjalankan tugas,saya pun cuba resepi ni.Sebiji cili merah tu harganya RM0.70.Memang segar sangat.Pinggan ni ada nostalgianya.Hadiah dari kawan-kawan dari rumah sewa semasa study di UiTM.Thanks you all atas hadiah yang sangat cantik ni.dah 5tahun guna pinggan ni.Thanks izah,bai and yani.



    IKAN BAWAL TEMPRA NYONYA

    BY: KAK AZLITA

    ikan selar atau ikan kembung - di bersihkan (saya guna ikan bawal)
    Daun bawang (saya tak guna.sebab takdak)
    Garam
    Gula
    Asam jawa
    Air secukup kegunaan
    Minyak
    Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


    Bahan A ( Di goreng garing )
    12 ulas bawang merah _ d hiris
    12 ulas bawang putih _ d hiris

    Bahan B
    5 - 8 biji cili padi
    3 batang serai - di titik
    2 biji cili merah - di potong menyerong


    Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
    Tumiskan bahan B sehingga wangi.
    Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
    Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
    Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
    Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



    SOTONG GORENG TEPUNG 

    BY: ME

    Sotong yang telah dibersihkan (potong 4 jika besar)
    1 biji telur- pecahkan
    Tepung ranggup-saya guna jenama Suri
    Sedikit garam

    Celupkan sotong ke dalam telur.Campurkan garam kedalam tepung.
    Gaul sotong tersebut ke dalam tepung.Goreng dengan api yang pelahan.


    Memang sedap.Macam sotong goreng tepung di Kuala Perlis.Anak-anak sangat sukakannya.

    Saturday 14 January 2012

    Peach Cream Cheese Butter Cake


    Dah lama bercita-cita nak buat kek ni.Rasanya dah banyak kali dok tengok resepi ni tapi masih belum terhasil.Dok sibuk apa ntah.hihihih......kawan rekemen kan resepi ni.Dengan izin Allah,dapat ler jugak buat kek yang sangat lembab ditambah dengan buah peach.Bila masuk dimulut,lembut je.hihiih...untuk resepi boleh jugak jengok ke blog kak ita.Sangat cantik blog kak ita.Hanya Allah membalas segala jasa baik kak ita dalam pengkongsian resepi ni.Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

    PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE

    BY: KAK AZLITA

     1 1/2 cawan gula halus
    1 sudu teh esen vanilla
    200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
    2 1/4 cawan tepung naik sendiri
    250gm butter
    250gm cream cheese
    1/3 cawan susu segar (saya guna Ducth Lady Full Cream)
    3 biji telur

    Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
    Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
    Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
    Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
    Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
    Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
    Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.Kali ni saya guna kaedah double boiler.letak air dalam bekas kemudian masukkan ke dalam oven.Letak acuan yang ada bahan-bahan kek didalam bekas tersebut.Air tidaklah perlu banyak.Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan kek tersebut.



    SELAMAT MENCUBA


    Sunday 8 January 2012

    Sambal Pembuka Selera

    Pernah tak kadang-kadang rasa kurang selera makan bila menu yang dibuat tak sedap? Atau terpaksa makan menu yang sama dengan anak.Maksudnya terpaksa makan yg tidak pedas walaupun kita adalah peminat makanan yang pedas?.Resepi ini adalah jalan penyelesaiannya.hihiihih...nmpk klise tak.hahahhaha....

    Semalam menu untuk dinner saya cuma masak ikan goreng dan sayur pucuk lemak.Tapi rasa macam tak ummm...la nk makan.Terus teringat sambal ni masa ke rumah sepupu di KL aritu.Memang membuka selera bila makan.Tak kisah la makan dengan nasi goreng ke,nasi putih ke.Memang sedap.Saya namakan sambal ni 'SAMBAL HITAM MANIS'. Boleh tak?hihiihi...Jom kita tengok resepi


    Resepi 'Sambal Hitam Manis'

    3biji bawang besar
    2biji bawang putih
    3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (ikut kepedasan masing-masing)
    kicap secukup rasa
    Gula secukup rasa
    Garam secukup rasa

    Kisar semua bahan di atas kecuali kicap,garam dan gula.Tumis bahan kisar.tambah kicap,garam dan gula.tumis sehingga bahan tersebut garing dan agak kering.Setelah siap boleh la makan dengan nasi yang panas-panas.Maveles!!

    Saturday 7 January 2012

    Projek Weekend

    Sebenarnya bukan projek besar-besar pun.Nampak mcam gah je kan.hihiih....Hanya untuk stok makan-makan kami anak beranak

    Setiap kali ibu buat kek yang orang order mesti kakak tanya,'ibu buat kek untuk kakak ke.kakak nak kek coklat'.kesian pulak.Untuk orang, ibu buat tapi anak sendiri nak, tak buat-buat lagi.So hari sabtu aritu,dengan dibantu oleh anak dara dan anak teruna,jadila cup cake coklat moist.Memang dah jadi faberet Aqilah.Pernah cuba beli kek dari kedai.Tak jalan sangat.Tapi sekali buat bancuhan boleh dapat banyak.Yang kena menghabiskan.....abah la.hihiih...sebab tu abah selalu merungut."mana berat tak bertambah.anak tak habis makan,abg habiskan.isteri tak abis makan,abg jgk abiskan".hihiih....xpala abg.Tak baik membazir.~ngehhh~

    Kek coklat moist.Jom kita tengok resepi

    Kek Coklat Moist

    Bahan-bahan:
    3biji telur size B
    2 cawan gula caster
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh soda bikarbonat 
    Sedikit garam
    1 cawan susu cair
    1 cawan minyak jagung
    1 cawan air panas

    Cara-caranya:
    Pukul gula dan telur hingga kembang.Ayak tepung gandum,serbok koko,serbuk penaik,soda bikarbonat dan garam.campur ke dalam gula dan telur tadi.Gaulkan sampai sebati.Letak susu dan minyak.Gaul lagi sampai sebati.Akhir sekali letak air panas.Gaul sampai sebati.

    Boleh letak ke dalam loyang 8 atau 9 inci.Bakar selama 1jam pada suhu 170 (ikut kepanasan oven masing-masing).Kalau nak letak dalam cup cake,bakar selama 20min.Jangan letak terlalu penuh kerana kek tersebut akan naik.


    Selain dari kek coklat,ibu yang terlebih rajin ni,teringin sangat nak buat karipap.Boleh dijadikan frozen dlm peti ais.Bila nak makan,grg je.Kali ni buat karipap daging.Nak kongsi resepi tapi resepi karipap ni main agak2 je.hihiihi....


    Jom kita tengok resepi karipap lak

    Bahan untuk kulit:

    Planta
    tepung gandum
    Air sejuk

    Cara-caranya:
    Gaul planta dan tepung gandum sampai jadi serbuk roti.Kemudian letak air sejuk.Uli tepung sampai tidak melekat di jari

    Bahan untuk inti:

    Bahan untuk menumis
    Halia
    Bawang merah
    Bawang putih
    (saya tumbuk kesemua bahan ni)

    Serbuk kari daging (saya guna cap Babas)
    Serbuk jintan manis
    Serbuk jintan putih
    Ubi keledek
    Daun sup
    Daging(optional)
    Gula
    Garam

    Cara-caranya:
    Tumis semua bahan untuk menumis.tumis hingga naik bau.letak serbuk kari,jintan manis,jintan putih.Letak sedikit air.tumis hingga naik bau.Kemudian letak ubi dan air.Campurkan daging sekali.tunggu sampai ubi empuk.letak garam dan gula.biar sampai pekat.Letak daun sup.

    Boleh la uli tepung ke dalam acuan masing-masing.

    SELAMAT MENCUBA
















    Our Product



    Honey Dew Pudding Cake.Rm 45

    Sponge Cheese Cake.5 inci.Rm14. 3biji Rm40

    Kek hantaran.(kek coklat moist.filling dalam coklat ganache.filling luar buttercream)
    Harga RM70

    Kek hantaran.(kek coklat moist.filling dalam coklat ganache.filling luar buttercream)
    Harga RM70

    Kuih Batang Buruk
    Harga satu Rm12.00

    Cheese tart
    Rm0.80 satu

    Carrot Cake
    Rm60

    Italian Rainbow.Size 9 inci
    Harga Rm90

    Russian Black and White Cake
    Size 9 inci
    Harga RM70

    Apam Polkadot


    Kek Coklat Indulgence
    Size 9 inci
    Harga RM70