Sunday 15 January 2012

Ikan Bawal Tempra Nyonya dan sotong goreng tepung

Lamanya tak berasa makan sama-sama dengan suami di hari Ahad. Hari ni merupakan hari cuti bagi semua rakyat di Kedah termasuk la suamiku.Cuti Keputeraan Sultan Kedah.Daulat Tuanku.Walaupun menetap di Perlis,tetapi bekerja di Kedah.Maka dapat la anak-anak bermain sepuas-puasnya dengan abah.Selalunya hari ahad hanya tinggal kami bertiga.

Bersungguh-sungguh hari ni menyediakan lunch special untuk family.Sotong goreng tepung,ikan bawal tempra nyonya dan peach cream cheese butter cake (resepi kek dalam blog sebelumnya.) Gigih sungguh ibu.Lepas balik jongging sediakan sarapan,lepas sarapan sediakan kek dan seteruskan menu untuk makan tengah hari.Dah itu tanggungjawab isteri kan ^_^. Sebagaimana gigihnya ibu begitu juga gigihnya Aqilah butangkan baju adik


Gigih jugak Aqif bersembang dengan Tok sampai tak mau lepas telefon.Pedulikan gambar dibelakang kepala Aqif.hihiih.....


Sebenarnya kuasa makanan sememangnya sangat kuat hingga boleh menyebabkan suami tinggalkan kerja pejabat untuk pulang awal kerana si isteri memasak makanan kegemarannya.hihiihih.....Tidakkah bertuah sang isteri kerana sang suami sentiasa teringatkan masakannya?hahaha...dah melalut ke laut.Jom tengok resepi Ikan Bawal Tempra Nyonya yang saya ambil resepinya dari blog kak ita .Rasa masam-masam asam jawa dan pedas2 cili padi.Sedap sangat.Suami saya pun suka.Disebabkan suami bawa balik cili merah yang luar biasa semasa menjalankan tugas,saya pun cuba resepi ni.Sebiji cili merah tu harganya RM0.70.Memang segar sangat.Pinggan ni ada nostalgianya.Hadiah dari kawan-kawan dari rumah sewa semasa study di UiTM.Thanks you all atas hadiah yang sangat cantik ni.dah 5tahun guna pinggan ni.Thanks izah,bai and yani.



IKAN BAWAL TEMPRA NYONYA

BY: KAK AZLITA

ikan selar atau ikan kembung - di bersihkan (saya guna ikan bawal)
Daun bawang (saya tak guna.sebab takdak)
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - di titik
2 biji cili merah - di potong menyerong


Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan B sehingga wangi.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



SOTONG GORENG TEPUNG 

BY: ME

Sotong yang telah dibersihkan (potong 4 jika besar)
1 biji telur- pecahkan
Tepung ranggup-saya guna jenama Suri
Sedikit garam

Celupkan sotong ke dalam telur.Campurkan garam kedalam tepung.
Gaul sotong tersebut ke dalam tepung.Goreng dengan api yang pelahan.


Memang sedap.Macam sotong goreng tepung di Kuala Perlis.Anak-anak sangat sukakannya.

No comments:

Post a Comment