Wednesday 4 January 2012

Hari Pertama Mereka

Dapat kol dari HR Aulad tarikh untuk daftar anak-anak puan ke tadika adalah 4-01-2012 jam 8.30pagi.Siap dapat msg buat peringatan untuk ibu sebab ibu lately suka terlupa.Dah tua kah? Sweet 30 kan kan kan...hihiih

Fuh! Ibu yg terlebih nerves.Anak-anak rasa apa-apa tak? ^_^

3-01-2012 last day di rumah maktok a.k.a rumah pengasuh.Ibu sibuk suruh anak-anak salam maktok.Siap habaq ari ni last di sini.Esok tak mai dh.Tiba-tiba blh pulak sebak. Nasib baik ibu dapat mengawalnya dengan sebaik mungkin tanpa disedari sesiapa.hihiihih....Anak-anak?maintain...macam biasa (suatu hari nanti kakak dan adik akan faham kenapa ibu sebak.emo betul la ibu ni.hihiihi....boleh plak?)

Semalam dh bawa anak-anak ke tadika.Tengok dari luar je.Adik excited tengok mainan yang serba baru. Kakak asyik sebut tadika yang lama.Kalau hantaq dua-dua kat situ,ibu semput kak...abah tiap2 malam kena balik kul 10mlm.wat OT.aharks!!


Orang bersemangat nak ke sekolah adalah Muhammad Aqif.Pakai hensem2,galas beg,bgtau kat nurul (kwn ibu) yg dia nk pi sekolah.Payung tu adalah persediaan sebelum hari 'hujan' dia hanya di tadika nanti.hehehhe....

 Kakak yg very cool ke sekolah.kata Aqilah,bear pun nak sekolah.teacher tak marahkan.-Tak sayang-Teacher tak marah.bawa la semua bear kakak p sek.(ayat ni hnya dlm post ni sahaja.aharks!)


Tengok kakak yg cool je di sekolah,ibu pun nak angkat kaki la balik opis.Tiba-tiba si hensem boy asik nak berkepit je.Ibu bagi choice rumah maktok atau sek,dua-dua geleng.jawapan yang keluar 'nak ibu'.Lepas jam 10pg,ibu gerak perlahan-lahan serahkan baju dan susu kat teacher. teacher yg sgt baik hati pujuk Aqif dgn lolipop. Dan dengan gerak perlahan tetapi cepat (blh bayangkan tak.hiihih...) cari pintu keluar. Maka dengarlah suara Aqif yang sangat nyaring tu ^_^

Doa ibu agar Aqilah dan Aqif mendapat ilmu yang diberkati Allah, berjaya dunia dan akhirat. Ibu tinggalkan kakak dan adik di sekolah bukan bermakna ibu tak sayangkan kalian berdua, demi kejayaan dan masa depan anak-anak ibu,apa saja ibu sanggup lakukan. Doa dan kasih sayang ibu dan abah sentiasa mengiringi kalian berdua.

*hari ini adalah hari kedua di tadika.Adik demam terkejut sebab kena tinggal kot.Kakak tak mau pi sekolah sebab adik demam (think positif: kakak nak jaga adik.sian kat adik).Berjanji sakan untuk pujuk kakak ke sekolah.Alhamdulillah,jejak jugak dia ke sekolah harini.Semoga adik cepat sembuh.Boleh sama-sama galas beg ke sekolah.




No comments:

Post a Comment