Tuesday 18 September 2012

Ku rindu

Abah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini

Abah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak daya ku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapat ku membalas jasamu di dunia ini

oh abah...
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang

oh abah...
Abah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini

Abah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu...

Dulu tatkala aku terasa hati,abah tempat aku mengadu.Yang pasti abah akan menyebelahi aku.Abah akan sokong aku.Kini rasa hati ini kupendam sendiri.Tiada lagi abah untuk aku jadikan tempat mengadu.Rinduku pada abah tiada tandingnya.Ya Allah Kau tempatkanlah abah bersama2 orang yang beriman.Abah tersangat baik pada kami.

Abah.....
Kini adik sedang mengandungkan cucu abah yang ketiga,tapi yg ketujuh dalam keluarga kita.Pasti adik akan ceritakan tentang abah pada cucu abah ni.Walaupun tak pernah bersua,adik akan pastikan mereka semua bangga menjadi cucu abah.Doa dari anak cucu abah sentiasa mengiringi abah.Abah sentiasa dihati adik kerana abah saja yang memahami adik.Alhamdulillah,adik dijodohkan dengan suami yg penyanyang dan memahami adik seperti abah.Tapi rindu adik pada abah tetap kuat.Kasih sayang adik pada abah tidak pernah berubah.

Moga abah tenang di sana.AMIN......AL-FATIHAH