Thursday 28 June 2012

PARENTING MEETING

26 Jun lepas ada parenting meeting dengan teacher tadika anak-anak.Saya diberi surat untuk hadir pada jam 5.15ptg.Lebih awal dari hari biasa ambil anak-anak.Yeaaahhh!!!boleh balik awai...(ngaaaa...terkejut anak-anak ibu baca nantikan)

Dari penjelasan cikgu Amirah as pengetua di situ, prestasi Aqilah sangat memberansangkan.Boleh dikategori sebagai murid 'A'.ALHAMDULILLAH........Syukur ibu.Dari segi pembacaan,menulis,mewarna,pergaulan,iqra, banyak yg G (for GOOD) - ada jugak yang S (for SATISFACTORY). Ibu tengok buku-buku yg kakak guna masa sekolah,semua good.Pandai anak ibu kan.^_^ (pujian itu adalah sgt penting untuk anak2 kita)

Tak sia-sia dok ulangkaji kat rumah menggunakan buku BACALAH ANAKKU. Walaupun ibu tergarang lebih (tambah2 masa bulan tgh mengambang), sampai kakak merajuk n meraung menangis sebab ibu marah, kakak tetap nak belajar lagi. Sori kakak. Lepas ni ibu tak mau marah-marah lagi sebab ibu tau,kalau ibu tekan sangat kat kakak, ianya tak bagus untuk kakak. Memang terbukti pun.Lepas ibu dah tak marah-marah kakak,baca setakat mana yang kakak mampu, kakak lebih fokus dan ingat. LOVE YOU KAKAK and I'M SORRY FOR MY MISTAKE. - read as peringatan utk diri sendiri supaya tak cuai lagi :)

Dari segi bacaan IQRA,kalau di rumah kakak dah masuk Iqra' 2 tapi di sekolah masih Iqra 1.Takpa,yang penting kakak faham apa yang kakak baca.kenal huruf-huruf Hijai'yah.

DAN.....untuk adik lagi best.hihiiih....Cikgu kata adik anak murid yang paliiiing manja.Setiap hari mesti peluk semua cikgu.Suka sendel2 kat kakak.Tapi kakak tak suka.Geli kot.hihiihih.....

Adik ada kelebihannya.Mudah dengar cakap cikgu bila kata nak buat sesuatu aktiviti.Boleh duduk setempat.Agak suka merajuk tapi kejap je rajuk nyer.hihiih....Dah kenal warna-warna,segi bacaan masih belajar.Takpa,adik kan kecik lagi.baru 2 1/2 tahun.Tapi ibu bangga dengan pencapaian adik.Pandai anak ibu kan ^_^

Apa yang sama kedua-dua anak ibu semasa di sekolah ialah.....cikgu kata orang lain dah abis menyanyi,kakak ngan adik siap sambung nyanyi dan menari.HAAAAAAA?????

Walaupun ibu tidak berjaya menyusukan adik dan kakak sepenuhnya (sebab ibu kurang ilmu.huhuuh....mood-menyesal-) tapi ibu BERJANJI, ibu akan beri pendidikan yang terbaik utk anak-anak ibu.Doa-doa yang mustajab untuk ibu titip buat buah hati ibu. Makanan dan minuman yang berkhasiat yang penuh dengan kasih sayang.Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sentiasa berkasih sayang antara adik dan kakak. Saling bekerjasama.APA YANG PENTING...KERJASAMA :) Doakan semoga keluarga kita bahagia DUNIA dan AKHIRAT.AMINNNNN......

KASIH SAYANG IBU BUAT NUR AQILAH BT ZURAZMAN DAN MUHAMMAD AQIF BIN ZURAZMAN TIADA PENGHUJUNGNYA.TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI INI

No comments:

Post a Comment