Tuesday 12 June 2012

33639

33639

Tanggal 14 Ogos 2011 saya dapat email dari pihak admin MIA yang mengatakan application successful.Alhamdulillah,apa yang diimpikan semasa belajar dulu dah dalam genggaman.Sebenarnya semua student accounting mengimpikan untuk menjadi ahli MIA.Kini setelah 4tahun bekerja di sektor audit, saya berjaya menjadi salah seorang ahli professional accountant. 

Dengan menjadi ahli MIA saya layak untuk membuka audit firm. Tetapi masih belum dalam perancangan sebab masih banyak ilmu yang perlu saya cari.Tanpa ilmu kita tidak akan ke mana-mana. Untuk menjadi auditor,masih jauh perjalanan.Tanggungjawab auditor tersangat la besar.

Terima kasih yang tidak terhingga buat bos yang banyak memberi sokongan selama ini. Dan telah menaikkan pangkat saya menjadi SENIOR AUDITOR.hihihih....Macam besar je kan padahal orang lain lagi besar pangkatnya.Buat suami yang sentiasa memberi kekuatan untuk masih kekal di sini selama 4tahun.Kini dah nak masuk tahun ke 5 saya di syarikat yang banyak berjasa ni. Tatkala kawan-kawan berjaya bekerja di sektor awam/badan berkanun/syarikat swasta yang besar yang bergaji besar, tapi saya masih kekal di sini. Bagi saya pengalaman yang saya timba selama di sini tidak ternilai walaupun gaji yang saya dapat jauh beza dari gaji kawan-kawan sekarang. Saya bersyukur atas rezeki yang Allah berikan untuk dikongsi bersama anak-anak dan keluarga.

Entry ini adalah untuk saya sentiasa mengingati tarikh dimana permohonan saya diluluskan dan no ahli MIA saya. Dan untuk tatapan anak-anak nanti, supaya menjadi ransangan jika bidang ini yang dipilih nanti.Yang penting kesungguhan. 

Semoga saya lebih bersungguh dalam mencari ilmu di dalam bidang yang diceburi ini.

*Untuk meninggalkan tempat saya cari mencari rezeki ini tersangat la SAYANG.Tak tahu nak cakap macammana.Tersangat la berjasa.Susah nak cari bos yang sangat baik hati macam bos saya sekarang.Terima kasih sekali bos.


No comments:

Post a Comment