Sunday, 8 January 2017

Skipping

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin. Selamat bekerja

Hari kedua dalam Misi menjayakan azam 2017😄

Breakfast 2biji Telor setengah masak,  teh hijau secawan

Skipping 100x

Fuhhh...... Berpeluh akak

Doakan Moga Terus istiqamah. Nak sihat kena kuat. Nak sihat kena cekal hati

Ok 👋

Saturday, 7 January 2017

Selamat datang tahun 2017

Assalamualaikum warga blogger

Selamat tahun baru. Dah 8/1/2017 baru nak Menulis. InsyaAllah lepas ni akan Lebih rajin lagi menulis

Dah 2 hari tak sihat. Masa nk baru Rasa Nikmatnya sihat. Nikmat sihat sebelum Sakit. Alhamdulillah dah semakin sihat hari ni. Semalam kena neb jugak. Tak tahan Rasa Penat bila bergerak. Dah kena neb baru Lega. Batuk pun Rasa Puas. Allah uji dengan kesakitan untuk kita Lebih rasa bersyukur

Apa Azam 2017???
Azam yang jugak tak. Yang tu Saya la. Hehehe....nak berazam tu mudah
Nak istiqamah tu susah. Hari ni Hari pertama mulakan sessi diet. Saya Cabar 10 hari pertama.mudah-mudahan Hati ni kuat. Takut nafsu Makan yang tak tahan. Hehehe....

Ok satg Sambung pulak. Nak siang ikan-ikan yang beli di nat pokok getah. Stok untuk Seminggu. Memang mudah Kalau beli stok siap-siap.

Jumpa lagi. Selamat tahun baru!!!

Friday, 2 December 2016

Rindu menulis

Assalamualaikum

Rindunya zaman blongging.

Sebelum wujudnya facebook, alam blog la kita menulis. Sekarang dah ada facebook, twitter, we chat, wsup, alam blogger semakin dilupakan

InsyaAllah start December,saya akan terus menulis di dalam blog. Sebagai tatapan kawan2 dan anak2 nanti.

Kita jumpa nanti next post InsyaAllah

#catatanija
#missmyblog

Wednesday, 7 January 2015

KUAH YONG TAU FU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya doakan moga kawan-kawan semua sihat dan dimurahkan rezeki.

Kata cikgu saya, buatlah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Lama saya terfikir.Akhirnya kami jumpa sesuatu.Sesuatu yang kami sendiri inginkan. Sebelum tu nak tanya dulu.

 Anda adalah peminat yong tau fu?

Ada yang kurang budget bila anak minta belikan yong tau fu?

Ada yang makan yong tau fu tidak menepati citarasa?

Makan Yong Tau Fu tak puas sebab tak berani ambik banyak-banyak sebab takut caj tinggi?

Kekurangan idea untuk menyedikan sesuatu untuk keluarga dan tetamu?

Mencari kelainan untuk jamuan makan bersama keluarga atau kawan-kawan?

Jika ini masalah anda, insyaAllah kami akan bantu

Apa kata kita buat sendiri dirumah.Beli bahan yang kita suka, rebus dan boleh terus makan sebanyak mana yang kita suka. Sosnya serahkan kepada kami.

Saya Hasliza binti Mothar.Pengarah Urusan Aqsweettasty.Kepakaran kami membantu menyelesaikan masalah kaum isteri, para ibu dan para bapa yang kesuntukan masa untuk memasak, kekeringan idea untuk menjamu tetamu dan keluarga serta yang ingin berjimat cermat.

Saya perkenalkan Aq Yong Tau Fu Rich
Kuah yang pekat,pedas dan sedap.Sebotol sesuai dimakan 10 orang. Dan yang paling best makan dengan buah-buahan pun boleh.gilaaa sedappp!!

Jom tengok macammana rupanya





Antara testimoni pengguna Aq Yong Tau Fu Rich




 Yang berminat boleh hubungi saya 0124476962
Facebook Hasliza Mothar
Page Aqsweettasty




SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum

Dah lama tak bersiaran.rindu rasanya nak baca citer dari blog kawan-kawan.begitu pantas masa berlalu.2014 meninggalkan kita dengan 1001 suka dan duka, gelak dan tangis, kejayaan dan kejatuhan, sakit dan sihat.pahit dan manis.semuanya komplete.

Biarkan 2014 berlalu.yang suka,gelak tawa,manis,kejayaan kita jadikan sebagai kenangan  terindah.hanya kita melaluinya. mana yang pahit,duka, tangis, kejatuhan kita jadikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Jadikan tahun 2015 tahun kebangkitan, tahun kejayaan dan tahun yang akan memberi kita kenangan yang sangat manis.

hari ini dah 8 Januari 2015baru tersedar masih belum di catat azam tahun baru. Banyak yang perlu difikirkan.lepas ni terus ambil pen, kita tulis ya :) pastikan matlamat dan impian kita tercatat di dalam nota supaya ia dijadikan sebagai doa.

Saya akan perkenalkan produk terbaru dari AqSweettasty. Semoga produk ini dapat menbantu lebih ramai orang.doakan kejayaan saya

Hasliza Mothar
Aqsweettasty

Monday, 6 May 2013

AMANAH ALLAH

Assalamualaikum.....

kembali bersiaran.mohon maaf sebab lama tak update blog (perasan mcm ramai plk yg view blog i.hehe...)

Tanggal 8 April 2013 jam 9.35pagi,saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah ke muka bumi.syukur dipanjangkan umur utk melihat wajah comel ni.alhamdulillah selamat kedua-duanya.ibu dan baby.

Saya melahirkan baby boy ni secara c-zer.memandangkan dah 2kali c-zer,yg ketiga cnfirm la kna czer jgk.pengalaman2 yg lps byk mengajar saya bagaimana nak menguruskan diri dan baby slps czer.dan yg paling best en suami belanja utk saya bersalin di swasta.blh guna pakai tak ayat tu.haha....sebenarnya nk memudahkan en suami teman dlm wad dan yang penting nk bagi dia tengok sendiri bagaimana saya melahirkan semua anak-anak kami.hehe...siap wat video lg.Anak-anak pn tengok.(nanti blh la anak-anak tgk mcmmana mereka dilahirkan) Yang penting i berpuas hati dgn servis hospital tu.doktor yg sambut baby i azan dulu sebelum hasben i azankan.Alhamdulillah.jahitan pun kemas dan yg penting i tak rasa sakit tapi lepas czer rasa la azabnya.huhuh....

Baby kami yg ketiga ni kami namakan Muhammad Aqil bin Zurazman.Maknanya -cahaya yg bijak-

kakak - Nur Aqilah bt Zurazman
Abang - Muhammad Aqif bin Zurazman
Adik - Muhammad Aqil bin Zurazman
Yang ke 4 - ? (sila bg cadangan utk 5thn lagi.hihih...)


NUR AQILAH


MUHAMMAD AQIF


MUHAMMAD AQIL


Gambar dlm bilik OT.br selesai dibersihkan

Semoga Allah panjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik utk menjaga amanah ini dan mendidik mereka menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.AMIN....

Thursday, 27 December 2012

Menjelang 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua kwn2 blog

azam 2012 dh terlaksana tak.mesti dah semua kan.saya jer ada yg blm.blm tercapai dek kerana diri sendiri.hehhehe...in syaa Allah 2013 mari sama2 kita penuhi segala azam 2012 yg masih belum terlaksana dan membina azam yg br utk 2013.

Terasa diri ini nak meng'list'kan segala azam 2013.sila jgn ketawa yer.hehehhe...bukan apa spy saya tak terlupa segala azam 2013.spy jgn ada yg tercicir.hehehhe....sila bg semangat yer kwn2 ^_^

1 - nak beri exclusive breastfeeding utk anak yg ke3 hingga 6bulan dan full breastfeeding hingga 2thn.in syaa Allah.nak kuat semangat dan rajin buat stok susu semasa di opis.rajin bgn awal pg sediakan stok susu utk anak.

2 - rajin bgn awal pg buat sarapan utk famili =azam ni tiap2 thn sebenarnya.gluppp!!!!

3 - menjadi hambaNya dgn lebih bertakwa.rajin solat sunat tgh mlm,dpt qatam quran tiap2 tahun,dapat membantu org yg susah.semoga hati ini menjadi lebih tenang dan ditetapkan iman.

4 - nak berjaya nak bisnes.dalam fikiran ni ada projek br nak buat.lbh kepada pembuatan utk komersil.doakan saya!!!!

5 - nak mendidik anak2 lebih bertakwa,berjaya dunia dan akhirat = azam tiap2 tahun.

6 - nak tambah aset tetap utk famili.in syaa Allah jika dimurahkan rezeki.

7 - nak jadi isteri,anak, dan muslimah yg solehah.yg lebih bersifat penyabar dan sentiasa berfikiran positf.

8 - nak menjadi lebih rajin,bersemangat (bkn hnya sekerat jalan),bersungguh2 utk berjaya dunia dan akhirat.

9 - nak jadi org yg paling baik dlm setiap hubungan dgn manusia.tiada sifat2 mazmumah.tanamkan sifat2 mahmudah.in syaa Allah.

10 - yg terakhir ni tak dpt nak sebut.ia adalah rahsia.semoga Allah permudahkannya.semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah utk memulihkan hubungan ini semula.Aminnn.....